follow me =)

Isnin, 8 Ogos 2011

Hari Taska Antarabangsa...

Tadi dengar di radio Hot FM, Hot chat kali ini membincangkan mengenai Hari Taska Antarabangsa.. Aku baru pertama kali mendengar hari tersebut. Ada juga rupanya, ingatkan ada hari guru  sahaja.. Bagus juga hari taska diadakan bagi mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak dimana para ibubapa tidak dapat berbuat demikian kerana bekerja untuk mendapatkan rezeki.. Aku tidak menjumpai artikel mengenai Hari Taska, mungkin kerana ramai yang tidak tahu atau ramai yang tidak alert dengan hari ini...

Selamat menyambut Hari Taska walaupun aku dibesarkan dengan kasih sayang ibubapa dari kecil =)...

abcde~~~
taska...

Ahad, 7 Ogos 2011

perindu...

Habis juga aku baca novel berjudul Rahsia Perindu... Jalan cerita yang sungguh complicated sehingga aku kena baca berulang kali untuk memahamkan jalan ceritanya... 
Di sini aku hendak kongsikan sedikit hasil tulisan dalam novel ini.. 
"Nak kata puisi pun bukan juga tapi itulah rahsia hati abang" 

'Isteriku... ibarat bidadari pemberian dari langit
Nyawaku bersatu dalam nafasmu
Sedangkan nafasmu adalah nyawaku
Jasad dan roh kita ditakdirkan bertaut
Isteriku yang disayangi...
Biar sejuta tahun kita bernafas
Kau tetap di hati, mahkota jiwaku
Kerana tanpamu, aku tak mampu bernafas sendiri
Terima kasih kerana mencintai
dan menjadi bidadariku'

p/s : setia menanti kata-kata pujangga dari mu...=)

Sabtu, 6 Ogos 2011

give and take ~~

Hari itu aku ada hadiahkan dia seutas jam tangan replika (ori tak mampu nak beli =p).. Aku belikan pun kerana sudah lama niat di hati hendak belikan jam, lagi-lagi semasa birthday boy. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku tangguhkan sehingga bulan ini.. Pemberian ini juga sempena kenaikan gaji aku sebanyak RM90 sahaja.. Ok la daripada tidak naik langsung kan tapi sekejap je la sampai tahun depan.. tahun depan kena cari kerja lain pula... sedihnya bila memikirkannya... Ok, berbalik pada topik jam pula.. ini gambar jam nya...



tag heuer monaco LS, RMxx =)
Sempena puasa ini, ramai yang masih tercari-cari lagi baju raya.. Semalam jalan-jalan di the curve terjumpa la kedai baju.. Saja tengok-tengok dan berkenan pada satu baju, dia pun cakap lawa... Dia tanya nak ke? saya tanya boleh ke sebab harga dia RMxxx. Dia cakap nak ke tak, so maknanya dia memang tidak kisah pada harga dia.. Aku apa lagi, terus je cuba baju tu.. Kebetulan, aku memang tengah mencari baju berwarna ala-ala kelabu sebab hendak samakan baju melayu yang aku buatkan untuk dia.. Setelah cuba, aku selesa dengan baju itu jadi terus ambil.. Terima kasih awk.. sayang awk =)... 

kain baju zaman dulu-dulu =)..
lebih kurang sama kaler =)
I loving it!!.. 

p/s : Selamat berpuasa kawan-kawan...

shake to shake...

Hari ini terasa segar pula apabila sahur hanya minum shake dan juga sekeping roti... Tidak terasa lapar sangat dan tidak rasa menggigil.. Esok makan kita makan lagi.. =)

Rise of the planet of the apes

Tarikh : 6 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : 12.30 pagi - 2.30 pagi
Tempat : The Curve, Damansara
Harga : RM12.00


Director: Rupert Wyatt
Cast: James Franco, Freida Pinto, John Lithgow, Andy Serkis, Tom Felton, Brian Cox, David Hewlett

Synopsis: RISE OF THE PLANET OF THE APES combines fantastic storytelling with the next leap in Visual Effects for an emotional and action-packed motion picture experience unlike any other. Man's arrogance sets off a chain of events that leads to intelligence in apes and a challenge to our place as the dominant species on the planet. Caesar, the first intelligent ape, is betrayed by humans and rises up to lead his species' spectacular race to freedom and the ultimate showdown with Man. In Caesar, WETA - the Oscar-winning visual effects team behind Avatar - have created a CGI ape that delivers a dramatic performance of unprecedented emotion and intelligence

Komen dari saya : Boleh bagi 5 bintang daripada 5 bintang... sangat best jalan cerita dia... 

Khamis, 4 Ogos 2011

Masehi dan Hijrah...

Tiba-tiba hari ini tergerak hendak melihat kalender islam...
Tarikh lahir aku pada 9 Januari 1985 adalah bersamaan dengan 16 Rabiulakhir 1405..
Sekarang 4 Ogos 2011 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1432..
Jika 9 Januari 2011 bersamaan dengan 4 Safar 1432, maka umur aku 27 tahun iaitu kurang satu tahun mengikut kalender masehi.. Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. aminn..

Januari 2012...
1hb - 23hb = 3 - 29 Safar 1433
24hb - 31hb = 1 - 8 Rabiul Awal1433

Februari 2012...
1hb - 22hb = 9 - 30 Rabiul Awal 1433
23hb - 29hb = 1 - 7 Rabiul Akhir 1433

Mac 2012...
1hb - 23hb = 8 - 30 Rabiul Akhir 1433
24hb - 31hb = 1 - 8 Jamadil Awal 1433

April 2012...
1hb - 21hb = 9 - 29 Jamadil Awal 1433
22hb - 30hb = 1 - 9 Jamadil Akhir 1433

Mei 2012...
1hb - 21hb = 10 - 30 Jamadil Akhir 1433
22hb - 31hb = 1 - 10 Rejab 1433

Jun 2012...
1hb - 20hb = 11 - 30 Rejab 1433
21hb - 30hb = 1 - 10 Syaaban 1433

Julai 2012..
1hb - 19hb = 11 - 29 Syaaban 1433
20hb - 31hb = 1 - 12 Ramadhan 1433

Ogos 2012...
1hb - 18hb = 13 - 30 Ramadhan 1433
19hb - 31hb = 1 - 13 Syawal 1433

September 2012...
1hb - 16hb = 14 - 29 Syawal 1433
17hb - 30hb = 1 - 14 Zulkaedah 1433

Oktober 2012...
1hb - 16hb = 15 - 30 Zulkaedah 1433
17hb - 31hb - 1 - 15 Zulhijjah 1433

November 2012...
1hb - 14hb = 16 - 29 Zulhijjah 1433
15hb - 30hb = 1 - 16 Muharram 1434

Disember 2012...
1hb - 13hb = 17 - 29 Muharram 1434
14hb - 31hb = 1 - 18 Safar 1434

Rabu, 3 Ogos 2011

Salam Ramadhan...

Selamat menyambung bulan ramadhan yang penuh keberkatan..
Semoga aku mendapat keberkatan dan kerahmatan di bulan ramadhan ini..
Semoga aku di murahkan rezeki...
Semoga aku tabah, sabar dan redha dengan perjalanan hidup yang semakin mendebarkan...
Semoga aku di panjangkan jodoh dengan si dia =)..