follow me =)

Rabu, 26 Jun 2013

kehidupan baru~~

Assalammualaikum...

salah satu hantaran kepada pihak lelaki.
sponser by : Siti Rohani (adik)  =)


Alhamdulillah, bersyukur pada tuhan kerana mengizinkan semua perancangan berjalan dengan lancar. Pada 2 Jun 2012, aku telah bergelar sebagai isteri kepada seorang hamba Allah iaitu Abu Ubaidah..

Persiapan sebelum majlis berjalan seperti biasa. Yang aku tempah adalah baju nikah, doorgift, baju majlis, fotograhper, mak andam dan sticker terima kasih.. Yang lain mak dan ayah aku tempahkan termasukla kad kawen heheh =).
Harga-harga nya seperti berikut :
1. Baju nikah - RM500 (baju lelaki + baju perempuan + tudung halfmoon)
2. Doorgift - RM1.75/sekotak (kuih bahulu pecah lapan).
Ni link website : http://www.wed.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127
skrang dah jadi RM1.85/sekotak pula. Cepat betul naik harga.
3. Baju majlis - RM380 tak termasuk hiasan. Klasik Andaman Kota Tinggi
4. Photographer - RM400 (1 hari bergambar) + RM300 (custom album) - 10%. Yang ni kawan sekolah aku.
5. Mak andam : RM150 (nikah dan majlis). Yang ni isteri kepada photographer.

Okla sampai sini saja yang sempat aku kongsikan..



0 comments:

Catat Ulasan