follow me =)

Selasa, 31 Julai 2012

dugaan

"Ya Allah aku mengharapkan yang terbaik dariMu untuk aku dan dia "


Ya.. Dugaan hanya pada orang yang mampu.. Yakin pada Allah yang kita mampu untuk mengatasi segala dugaan yang diberikan... 

Semenjak selepas aku di risik, terlalu banyak dugaan yang aku terima.. Tidak terjangkau dek akal fikiran yang aku akan di duga seperti ini... SubhanAllah...  Kesan dugaan yang aku terima ini membuatkan aku lebih dekat pada Tuhan... Alhamdulillah.. Lebih memerlukan-Nya dari segala-galanya.. Allahu Akbar.. Hanya ingin yang terbaik untuk kami dalam keredhaan-Mu.. Semoga kami lebih kuat semangat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang Muslim dan Muslimat...

p/s : Aku bersyukur dapat mengenalimu kerana banyak yang aku pelajari dari mu samada baik atau jahat.. Pengalaman yang tidak terhingga.. Semoga aku tabah menghadapinya.. Semoga kita disatukan dengan izin Allah... i love u =).. 




Ahad, 29 Julai 2012

tugas isteri di dalam rumah

keluarga bahagia


Baca di blog muslimah, tertarik dengan ilmu yang dituliskan.. Sekadar ingin berkongsi bersama... SubhanAllah...

1. Hendaklah sentiasa bersihkan rumah.
2. Sediakan makanan untuk suami tanpa disuruh atau diminta.
3. Sediakan makanan yang disukai oleh suami.
4. Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak.
5. Mencuci pakaian suami dan anak-anak. Pakaian yang telah dibasuh hendaklah dijirus supaya suci mengikut syarak.
6. Menjaga harta suami, tidak menyerahkannay kepada orang lain tanpa keizinannya.
7. Mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman agar tidak membebankan ibubapanya di akhirat kelak.
8. Menjadi penghibur kepada suami ketika dia berada di rumah dengan memberi layanan yang baik. Seorang isteri dan ibu hendaklah menjadikan rumahtangganya seperti syurga buat suami dan anak-anak. Tanggungjawab wanita tersimpul dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. :


                  "Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap Tuhannya, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih terus menerus. Dan selama mana berkekalan alat tenunannya itu pada tangannya maka seolah-olah ia solat berjamaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya Allah swt menggugurkan segala dosanya (melainkan dosa besar)".

Sabtu, 21 Julai 2012

pemergian orang yang disayangi


"dalam kesedihan menangisi pemergian orang yang kita sangat2 sayang, jangan terlalu hanya duduk bersedih. Bangkitlah untuk meneruskan apa impiannnya, teladani apa yang baik padanya, jadikan semua yang baik itu suatu kekuatan, bukan kelemahan dalam ratapan" 

senyum~~


Salam ramadhan...

Semoga kedatangan ramadhan ini membawa keberkatan dan rezeki kepada ku dan umat Muhammad... Semoga aku di beri hidayah-Mu dan sentiasa mengingati-Mu selalu tanpa rasa penat, jemu dan sebagainya...

p/s : seronoknya jika dapat bersama-sama menyertai dia.. sudah lama niat di hati untuk menyertai seperti itu, tapi tidak bertemu jalan lagi.. Semoga Allah memberiku pasangan hidup yang dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai-Mu..amin


Jumaat, 20 Julai 2012

sabar~~~



Sabar itu separuh daripada iman.. Insyallah ada hikmah di sebalik kejadian...

mode : bersabar...  Sakitnya hati aku.. langsung tak btau aku g kemane sedangkan dah janji nak jumpe time tu.. nak call nset dia mati plak.. at least btaula aku tak jadi jmpe.. takdela aku risau sampai mnyusahkan abg dia pergi cari kt tpt keje dia la, kt balai polis la, call kwn2 dia la... Tak fikir ke aku risau ke..abg dia risau ke... ishhh...SABARRR je la... Dalam sakit hati, tapi aku syukur dia pergi ke tpt sana... Semoga kami di panjangkan jodoh tapi aku redha jika jodohku bukan dengan dia...

belakang lori

gambar hiasan

Di nasihatkan kepada semua pemandu supaya menjauhkan kereta anda daripada mendekati belakang lori... sebabnya.....

Kereta aku bau busuk giler, bau macam bangkai sebab ikut belakang lori... Masa tu tengah malam nak pergi umah akak aku di pekan,pahang.. Dari bangi ikut highway LEKAS keluar tol kuala pilah.. Kalau tidak silap aku, dari Kuala Pilah nak ke karak (sepatutnya masuk ke Bandar Sri Jempul, tapi dah terlajak ke Karak.. Jalan gelap giler dan berpusing2... Separuh jalan aku buat u-turn sebab akak aku cakap dah salah jalan.. nasib baik akak aku call time tu, kalau tidak..tak tahula nak cakap apa.. dengan minyaknya tinggal 2 bar je)... Jalan memang gelap, so time tu aku ada perasan yg ada air mercik-mercik kat kereta aku.. aku fikir air hujan, jadi aku biarkan jela... Masa dalam perjalanan adala terbau juga bau busuk tu.. tapi bau macam bau getah jadi tak kisahla bau tu.. Masa sampai rumah akak tu, adik aku nak buka pintu pagar tu yang baru terbau busuk yang amat.. Biasala, kalau malam2 ni nak tegur bau busuk agak menakutkan.. Aku dan adik aku ada juga tercari2 mana datangnya bau tu.. Lama-lama kitorng decide tunggu esok pagi baru cari mana puncanya... 

Esok paginya aku kami semua tercari-cari mana datangnya bau tu... siap buka bonet, yela mana tau ada bangkai termasuk dalam bonet sebab aku rasa ada terlanggar sesuatu kt jalan tapi tak tau ape.. Bila buka bonet, takde pula baunya... Setelah menghidu di beberapa tempat akhirnya jumpa juga bau tersebut.. iaitu di cermin kereta aku... Rupanya air yang aku sangka ujan tu, air bangkai rupanya.. Ada yang kata bangkai lembu.. ada yang kata bangkai babi.. So moral of the story.. Jalan ikut belakang lori...