follow me =)

Khamis, 15 September 2011

Karnival Usahawan Desa 2011

Disini saya hendak kongsikan satu karnival iaitu yang diberi nama "Karnival Usahawan Desa" (KUD) yang akan di adakan pada 21hb hingga 25 Septempber 2011... Marilah beramai-ramai kita memberi sokongan kepada usahawan-usahawan luar bandar dengan menghadiri karnival ini di laman 1Malaysia, Putrajaya.. Karnival ini adalah salah satu program terbesar kementerian saya dan juga bahagian saya....




Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 21 hingga 25 September 2011 (Rabu-Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 adalah bertemakan "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" yang melibatkan penyertaan seramai 500 orang usahawan luar bandar dalam empat (4) kategori yang utama iaitu makanan/minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan. Pelbagai program menarik telah dirancang dalam penganjuran KUD 2011 seperti berikut:

a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar;
b. Business matching;
c. Pameran jabatan/agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP );
d. Pameran Kementerian/Jabatan/Agensi jemputan termasuk institusi kewangan;
e. Demonstrasi produk, demonstrasi permainan tradisional;
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri;
g. Persembahan kebudayaan;
h. Persembahan artis-artis jemputan;
i. Forum perdana;
j. Pameran teknologi & inovasi; dan
k. Auto show.

Dalam usaha menjayakan penganjuran karnival ini, YBhg. Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung beramai-ramai ke tapak KUD 2011 sepanjang tempoh karnival ini berlangsung. Sukacita dimaklumkan bahawa, YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan KUD 2011 pada 22 September 2011 (Khamis).

0 comments:

Catat Ulasan