Dear Blogger..
Minggu lepas, aku dan family aku pergi ke langkawi selepas majlis perkahwinan abg aku (iwan) selesai dengan selamat. Syukur kepada tuhan kerana pertemuan dua insan dari utara selatan ini... Semoga teh dan iwan berbahagia ke akhir hayat... Selamat pengantin baru!!!... Semoga kehadiran orang baru dalam family aku memberi kebahagiaan buat abang aku iwan... Di sini aku share sedikit gambar perkahwinan untuk tatapan kalian =)...
Selepas majlis selesai, kami pergi ke langkawi terus... 9 orang yang pergi, 2 org kanak2... Tiket feri dari jeti kuala perlis RM18.. Kami tidur semalam di istana kondo dengan harga RM230/appartment. Dalam appartment tu ada 3 bilik iaitu 1 bilik ada king, queen dan single bedroom..Semasa hendak pergi ke langkawi tu ada la org jaga situ, uruskan hotel, tiket dan van di sana.. Agak tertipu juga la sebab appartment yang dia rekomenkan tidak mencukupi untuk 9 orang... perkara yang penting perlu tanya adalah katil apa, van model apa yang dia bagi... Itu kesilapan aku yang tidak tanya dahulu.. Takpela..belajar dari pengalaman... Tapi semua tidak kisah, yang penting dapat berjalan =)... Tempat tak banyak kami pergi, just pusing-pusing pekan kuah sahaja... pergi ke kedai haji ismail beli coklat dan pingan mangkuk.. Sayangnya kami tidak berkesempatan (terlupa) hendak servey harga di idaman suri. Kami tengok ramai yang beli kr situ sebabnya bile hendak balik naik jeti, ramai yang bawa beg plastik kaler biru. Biru menunjukkan beg plastik dari idaman suri, hijau pula dari kedai haji ismail. Kami tidur semalam sahaja.. Jam5.30ptg kami bertolak dari jeti langkawi ke jeti kuala perlis. Perjalanan dalam 1jam.
Selepas itu, kami turun sampai ke ipoh.. Tidur semalam di rumah makcik aku (bibik).. Selepas itu, kami terus turun ke putrajaya.. hantar aku balik.. Selepas family aku tidur semalam di rumah abang aku (Syam) di seremban...
Walaupun sekejap, tetapi sangat seronok pergi ke langkawi bersama family aku semua.. terima kasih mak dan ayah... ina dan fizul.. kepada en.jamal, jgn serik ye pergi dengan kami. kepada zarul, terima kasih bawa van itu hehehe...
Tengokla serba sedikit gambar di bawah ini...=)..
Iman yg selalu kena buli ngn makciknye =) |
dataran helang |
abah yang posing sakan =) |
haji ismail.. beli coklat |
kilang gamat... maaf tersalah bawa kilang minyak gamat =) |
terminal jeti kuala perlis |
0 comments:
Catat Ulasan