Alhamdulillah, saya selamat bersalin pada 26.12.2014 10.47pg bersamaan 4 rabiulawal 1436h. Anak lelaki dengan berat 3.64kg.. Lahir di hospital putrajaya.
Rasa lepas ni nk bersalin di tempat lain pula kerana disebabkan kurang privacy semasa nak lahir. Mungkin diorg nk tolg tp at least kena la tanya husband dulu, privacy kot... Dh mcm tukang sorak pula.. Mungkin aku kurang berdoa juga..
Kemudahan dekat situ sangat selesa.. Wad di berikan sorang satu bilik. Bayi pun diletakkan dalam bilik yang sama.. Jadi misi tidak perlu hantar/pulangkan bayi jika hendak menyusu. Senang umi hendak menyusukan. Lagi satu dapat mengelakkan daripada tertukar dengan orang lain..
Sebelum bersalin saya dan suami pergi ke rumah along suami kerana ada makan-makan untuk eratkan silaturrahim. Masa tu cuti raya kismas jadi semua dapat berkumpul. Makan BBQ tu. Banyak juga la saya makan. Lepas habis makan kami pun balik.
Masa balik tidak rasa pape lagi tanda. Pukul 2 aku mula sakit perut untuk membuang. Ingatkan sakit perut sebab makan banyak semalam. Lepas dah lega membuang, sambung tidur pula. Pukul 4 bangun dan membuang lagi. Takde lagi tanda pape. Pukul 6 bangun dah rasa tanda2 iaitu setiap 5 minit rasa mengeras. So apa lagi, cakap dengan suami dah kerap 5minit sakit ni..macam kena pergi hospital je ni.. Sebelum pergi tu sempat lagi google tanda2 nak bersalin antaranye kerap rs contraction 5 minit sekali.. Jadi pas solat terus siap2 untuk pergi hospital putrajaya. Sampai dalam kul7.30. Cek bukaan dh 6cm terus masuk labour room.. Tak sempat nak makan.. Kul10.47 selamat bersalin.. Pastu lepas selesai kena duk wad kat presint 8, nek ambulans.
Layanan kt wad alhamdulillah ok la tapi tengok nurse jugak.. Masa petang tu dapat nurse yang ok.. Bile yg mlm tu ummm macam nak marah je siap tanye anak ke brape.. Nk lyan mesti kena tahu ank ke brape ke?? Haoyaaa...
K la.. Tu je nk cerita... End.