follow me =)

Rabu, 12 Januari 2011

sungai lui~~

Dear Blogger,

Selamat menghayati lagu ini.... =)

Sungai Lui - Aizat

Pejamkan matamu untukku 
Dengarlah dunia berkata-kata 
Usah kau ragu di sini tempatmu 
Walau berubah di mata kita tetap indah 
Selagi kau masih percaya 

Ketawa kecewa terpisah 
Jalan yang lurus kian berhalang 
Adakah semua ini yang ku inginkan 
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata 
Ku harap ku masih percaya 


Adakah semua ini yang ku inginkan 
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata 
Ku harap kau masih percaya 

Buka matamu 
Biar aku memelukmu 
Kita bersama masih muda masih mentah 
Ku harap kau masih percaya 

Selama ini selama ini 
Selama ini selama ini 
Selama ini selama ini 
Selama ini

notakakiku : Walau berubah di mata kita tetap indah =) 

Bermulanya tahun baru 2011

Dear blogger,

1 Januari 2011..
Detik permulaan aku menempuh tahun baru dan meninggalkan tahun 2010 yg terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku hadapi. Terima kasih 2010 kerana memberi aku segala kenangan dan cabaran hidup. Terlalu sukar untuk aku rungkai satu persatu, hanya yang boleh aku katakan... hidup banyak cabaran, perlu bersedia dan perlu redha dengan apa yang terjadi.. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya!!..itu yang paling aku pasti!.. Segala yang buruk akan dibuat pengajaran dan segala yang baik akan dikekalkan dan dikenang sehingga akhir hayat ku.. insyallah...

p/s : Tahun ini aku sambut tahun di rumah sewa sahaja =)

9 Januari 2011..
Tarikh ini pula merupakan peningkatan umur aku.. Sedar tidak sedar, aku telah hidup selama 26 tahun.. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih boleh bernafas di bumi ini. Kebanyakkan kawan-kawan aku sudah memasuki alam perkhawinan. Tahniah diucapkan kepada pengantin lama dan pengantin baru dan juga kepada bakal pengantin juga. Semoga mendapat keberkatan dan kebahagian di dunia dan di akhirat =)... Aku bila plak??? emm..no komen (jawapan selamat bagi artis2 kita =))... 
Pada tarikh ini juga, aku mengambil keputusan untuk putus dengan dia... Terlalu berat untuk aku katakan padanya.. Aku hanya memberi kata2 melalui handphone sahaja. Aku tidak sanggup untuk berkata didepannya. Aku tahu, aku terlalu menyayangi dia dan aku juga tahu dia juga terlalu menyayangi aku juga, tapi tidak tahu kenapa aku membuat keputusan seperti itu. Tidak ada siapa pun yang tahu akan keputusan aku kecuali sesiapa yang tengah baca blog aku sekarang ini. Aku tidak beritahu sesiapa kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan yang boleh menyebabkan aku boleh mengeluarkan air mata. Setakat ini, aku tidak lagi mengeluarkan air mata. Aku masih boleh bertahan melepaskan dia. Last sekali dia msg aku dengan menyatakan pemenang AJL 25 sebab dia sudah janji akan beritahu jika sudah habis AJL25 kerana aku hendak balik awal semasa tengok AJL dengan dia. Aku mengharapkan aku dan dia tetap bersahabat. 

p/s : hadiah paling sedih buat hari jadi ku yang ke 26 =)....

11 Januari 2011...
11.1.11 - Sungguh cantik angka tersebut.. Sehari sebelum angka ini, kami bersama seperti biasa mungkin sayang masih ada lagi.. Biarlah masa menentukan perhubungan kami.. Semoga mendapat keredhaan Tuhan =).. 

12 Januari 2011...
Aku sedang menulis blog ini, tiada apa lagi yang hendak dikatakan. Hanya mohon sinar kebahagiaan aku dan juga kawan2 aku serta family aku..

notakakiku : please dont ask me anything face to face =)... very hard to me to say it=).. Sungai Lui, sgt best lagunya yang di buka setiap malam oleh eny =)

Khamis, 30 Disember 2010

Debaran~~

Dear Blogger,

Saat debaran sangat mendebarkan... Aku berusaha sedaya upaya dan semoga aku dan kawan-kawan berjaya bersama... Semoga rezeki berpihak kepada aku dan kawan2 aku...
~~all the best guys..

Saat debaran berganti kepada kegembiraan kerana aku dapat kuarters di presint 17.. Harap2 kuarters kt situ ok sbb sebelum ini kuarters tersebut telah didiami oleh orang... Apabila dia keluar, aku pula menggantikannya... Tak sabar rasanya hendak pindah ke rumah baru... emmm...pindah rumah lagi =).. Tapi nak angkat barang tu yang tak larat tu.. penuh satu kereta plus plus lagi... huhuhu...

Hari isnin aku kena ambil surat tawaran kuarters.. Kena bayar deposit.. Bulan dua baru boleh duduk rumah tersebut sebab masih dalam baik pulih... Harap baikpulih tersebut on the time la. Kalau tidak, tidak tahula mana hendak letak barang2 aku dan kawan2 aku nie...

Hari Selasa aku interview pulak... Semuanya debaran bagi aku.. 

nota kakiku : all the best... semoga aku mendapat rezeki untuk kerja sebagai permenant... Kawan-kawan TM sudah permenant tapi aku masih 50-50 =(.. Skim yang tidak memikirkan masa depan rakyat langsung...

Khamis, 23 Disember 2010

Interview lagi ~~~

Dear Blogger,

4hb ni aku kena g interview spa... Harap2 aku leh wat yang terbaik walaupun aku tau kelemahan diri aku.. Banyak perasaan aku sekarang ini.. berdebar...cuak.. takut.. ape nak jawab.. ape nak baca.. semuanye menghantui aku....
Sebelum g interview, 27hb ni plak ada taklimat pasal interview aku nie.. Maklumla interview special cases... harap2 apa yang nak dia bakal taklimatkan nnti memberikan harapan yang bersinar2 tuk aku...

Emmm..perut ku dah berbunyi2, aku g makan dulu...

notakakiku : all the best kawan2 ku.. =) dan eny, satu megi ye =)

Selasa, 14 Disember 2010

gembira + sedih

Dear Blogger,

Hari weekend lepas, aku bersama si dia pergi ke johor untuk menghadiri majlis perkhawinan kawan sekolah aku iaitu sekolah tunku abdul rahman putra(STARP), kulai... Tahniah diucapkan kepada Dayana & Anuar (Bulan)... Hampir selama 10tahun jalinan perhubungan diikat dan diakhiri dengan ikatan pernikahan..

Jam 8.30pg..
Aku bertolak dari rumah ke kajang mengambil 'A'. Dalam jam9 pagi aku sampai dirumah 'A' dan bertolak terus ke Johor. Aku melalui Highway Lekas dari Kajang ke Seremban dengan tol lebih kurang 5 ringgit. Dari seremban aku melalui jalan lama untuk save budjet aku =) tapi memakan masa yang lama.

Jam 1.00tghari
Aku keluar dari jalan lama melalui highway PLUS dari Pagoh/Yong Peng. Selepas itu, terus aku pecut supaya aku tidak terlewat pergi ke majlis perkhawinan dayana. Aku fikir memang tidak sempat, mesti pengantin sudah sanding. 'A' cakap kalau buat majlis di dewan, majlis persandingan mesti mula awal. Aku tidak percaya dan tunggu dan lihat saja bila sampai.

Jam1.50tghari
Sampai di pintu Tol  Skudai. Aku terus suruh 'A' buka GPS. Dulu aku pernah pergi Taman Sri Pulai tapi dah tentu aku tak ingat. Nasib baik aku ada GPS di handset aku. Tidak lama dari Tol ke rumah nya. Kalau sesat mesti lagi lambat aku sampai.

Jam2.00ptg
Aku sampai ke destinasi Dewan Raya Taman Sri Pulai tanpa sesat. Thanks gps =). Aku dan 'A' pun masuk ke dalam perkarangan dewan, rupanya aku tidak lewat cuma pengantin yang lewat sampai. Makan terbuktila teori 'A' tidak betul huhuu. Selepas diketahui pengantin belum tiba, aku dan 'a' makan dulu sebab lapar sangat. Mana tak nya, sarapan just makan kuih sahaja. Tengah leka makan, pengantin pun sampai. Dalam masa yang sama aku tercari2 kawan sekolah aku.. Emmm...semuanya tiada. Yang aku lihat hanya lelaki je.. manala perempuan nie... Antara yang aku masih ingat dalam ingatan ialah semut, atok, ramdan, bobo dan peddy.. Yang lain aku tak brape kenal.. Lepas itu aku jumpa ain dan siti.. so maknanya perempuan hanya aku, siti dan ain sahaja yang datang... Takpela, aku wakilkan semua=)..

Jam4.30ptg
Bertolak dari Dewan Raya ke Danga Bay =).. Jalan2 tengok permandangan.. Lama sangat tidak pergi sana.. Banyak juga penambahan.. Pusing2 jalan2 makan2 dan ingin bertolak balik. Tiba-tiba ternampak ramai yang beratur, rupanya diorang hendak naik Danga Cruise 8.. Aku pun macam teringin hendak naik juga. Tanya la 'counter tiket' di situ.. harga nya boleh tahan juga la. Kalau just naik kapal dan jalan2 dalam kapal tu hanya RM10 seorang.. Kalau dengan dinner sekali hanya RM50 untuk dewasa.. kanak plak rm25.. So aku dan 'a' decide tuk walk-in je.. just bayar rm20 untuk dua orang.. jadila dan merasala aku naik Danga Cruise =)

Jam8.00mlm
Aku dan 'a' pun naik la cruise tersebut sambil bergambar.. Banyak jugala aku tangkap gambar. Tapi tidakla secantik mana gambar dari yang reality.. Lama juga aku tunggu cruise ini untuk berjalan. Jam8.30 baru bergerak. Perjalanan dari Danga ke Waterfront city dan patah balik... mengambil masa dalam 2 jam. Seronok naik cruise walaupun takla sespecial mana pun tapi beshh.. =)

Jam10.45mlm
Tiba di Danga semula.. Then, kami bertolak pulang ke Kajang. Sudah malam, mata pun mengantuk juga la tapi kena tahan juga sebab hendak pulang dengan selamat. Bawa kereta pun slow2. Nasib baik ada 'a', dia melayan aku supaya aku tidak mengantuk. Aku bercadang mengikut jalan lama untuk save bajet lagi. Tapi 'a' suruh aku ikut jalan highway untuk memudahkan dan cepat sampai. 

Jam2.00pg 
Tiba di hentian rnr Jambatan Ayer keroh. Kami berenti untuk makan. Sian 'a' berlapar =).. Disana kami makan KFC sebab itu sahaja kedai yang buka. Ada juga kedai lain, tapi tak berminat nak masuk. So kami decide makan KFC sahaja.

Jam3.00pg
Kami bertolak pulang.

Jam4.30pg
Tiba di kajang

Jam5.00pg
Tiba di Putrajaya. Kemas2 barang dan aku terus tidurrr... Epi sgt2 time tu.. thanks 'A' sbb temankan saya=)..

nota kakiku : Hari ini aku merasa sedih kerana terfikir tentang 'A', kadang2 aku ragu, kadang2 aku yakin... Kuatkan la semangat aku..

Isnin, 13 Disember 2010

kenangan terindah

Dear Blogger,

Hari ini aku nak share lagu seperti perasaan aku sekarang =)....

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...
 
nota kakiku : love him so much~~~

Khamis, 25 November 2010

dulu dan kini

Dear blogger,

Selepas muhasabah diri...
Sedar...
Dulu dan kini adalah sama...
Cuma perasaan dulu dan kini tidak sama...

Tapi...
Semua itu biasa...
Mesti berfikiran positif...
Tidak sama itu bererti tidak melakukan 'itu'...
cuba melakukan 'itu'...
mesti perasaan sama dengan dulu, kini dan selamanya...

Perubahan..
Cuba ada perubahan...
Mungkin dah lali...
Jalan terbaik berdiam diri...

Jeles...
tidak jeles...
kadang-kadang jeles...
mungkin jeles...
jeles semua...
tidak sesekali jeles...
tidak...

notakaki : Mata aku selalu terasa bergerak2.. Apakah tanda itu? 
i miss my family...