Dear blogger,
1 Januari 2011..
Detik permulaan aku menempuh tahun baru dan meninggalkan tahun 2010 yg terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku hadapi. Terima kasih 2010 kerana memberi aku segala kenangan dan cabaran hidup. Terlalu sukar untuk aku rungkai satu persatu, hanya yang boleh aku katakan... hidup banyak cabaran, perlu bersedia dan perlu redha dengan apa yang terjadi.. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya!!..itu yang paling aku pasti!.. Segala yang buruk akan dibuat pengajaran dan segala yang baik akan dikekalkan dan dikenang sehingga akhir hayat ku.. insyallah...
p/s : Tahun ini aku sambut tahun di rumah sewa sahaja =)
9 Januari 2011..
Tarikh ini pula merupakan peningkatan umur aku.. Sedar tidak sedar, aku telah hidup selama 26 tahun.. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih boleh bernafas di bumi ini. Kebanyakkan kawan-kawan aku sudah memasuki alam perkhawinan. Tahniah diucapkan kepada pengantin lama dan pengantin baru dan juga kepada bakal pengantin juga. Semoga mendapat keberkatan dan kebahagian di dunia dan di akhirat =)... Aku bila plak??? emm..no komen (jawapan selamat bagi artis2 kita =))...
Pada tarikh ini juga, aku mengambil keputusan untuk putus dengan dia... Terlalu berat untuk aku katakan padanya.. Aku hanya memberi kata2 melalui handphone sahaja. Aku tidak sanggup untuk berkata didepannya. Aku tahu, aku terlalu menyayangi dia dan aku juga tahu dia juga terlalu menyayangi aku juga, tapi tidak tahu kenapa aku membuat keputusan seperti itu. Tidak ada siapa pun yang tahu akan keputusan aku kecuali sesiapa yang tengah baca blog aku sekarang ini. Aku tidak beritahu sesiapa kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan yang boleh menyebabkan aku boleh mengeluarkan air mata. Setakat ini, aku tidak lagi mengeluarkan air mata. Aku masih boleh bertahan melepaskan dia. Last sekali dia msg aku dengan menyatakan pemenang AJL 25 sebab dia sudah janji akan beritahu jika sudah habis AJL25 kerana aku hendak balik awal semasa tengok AJL dengan dia. Aku mengharapkan aku dan dia tetap bersahabat.
p/s : hadiah paling sedih buat hari jadi ku yang ke 26 =)....
11 Januari 2011...
11.1.11 - Sungguh cantik angka tersebut.. Sehari sebelum angka ini, kami bersama seperti biasa mungkin sayang masih ada lagi.. Biarlah masa menentukan perhubungan kami.. Semoga mendapat keredhaan Tuhan =)..
12 Januari 2011...
Aku sedang menulis blog ini, tiada apa lagi yang hendak dikatakan. Hanya mohon sinar kebahagiaan aku dan juga kawan2 aku serta family aku..
notakakiku : please dont ask me anything face to face =)... very hard to me to say it=).. Sungai Lui, sgt best lagunya yang di buka setiap malam oleh eny =)
siti.....Be strong. I wont ask u. Sabtu kita gi Brogo..eh..Broga..hahahaha
BalasPadamct, sabar ok :)))))
BalasPadam