Sempena 31 ogos ni kami decide nk santai2 di port dickson... Penginapan kami terjah je.. Sudah sampai PD baru cari.. Pergi pagi kul8.. Sampai dan dapat hotel pukul12 tengahhari.. hehehe
Rezeki kami dapat hotel yang murah. RM65 semalam sahaja =)..
Cari hotel memang semua range RM250++ sebab hari cuti dan sabtu ahad.. Kalau yang murah pun hotel budget yang takde view apa-apa pun... Mula-mula kami cari di blue lagoon.. pastu cari kat teluk kemang pula.. tak jumpa jugak.. lepas tu just tengok hotel marina.. dengar-dengar hotel ni murah.. Bila dapat tengok, bilik besar (2 bilik) tapi takde pantai.. just view teluk je.. Kami dapat hotel murah ni pun dari pak guard marina ni.. dia kata dia ada kenalan hotel yang mengadap pantai dan murah.. Mula2 call dapat yang rm200.. Second call alhamdulillah dapat yang murah iaitu RM65 di SunShine.
View ok.. pantai ok.. hotel pun ok.. semua ok.. Tak tau kenapa dapat harga murah sebab bila tengok di papan harga bilik tu kalau 1bedroom RM85 tu pun time tak cuti. kalau public holiday RM100++.. Pape pun itu rezeki kami =)...
kawasan Sun-Shine |
Ruang Tamu |
Bilik tidur |
Balik daripada PD, kami pergi ke nilai untuk cari carpet dan juga kain untuk dijadikan bantal besar hehehe... Alhamdulillah, carpet dah jumpa dengan harga RM160 (carpet bulu-bulu hhehe) dan kain pun dah jumpe juga..
Balik rumah terus bendang carpet dan jahit bantal... =)..
0 comments:
Catat Ulasan