follow me =)

Isnin, 28 Mac 2011

mengadap...

Dear Blogger,

Mengadap...
1. Hari-hari mengadap komputer membuatkan aku agak busan dan tidak tahu nak buka apa lagi..=)
2. Hari-hari mengadap baju kurung yang sama membuat aku agak busan nak pakai baju yang sama... 
3. Hari-hari mengadap kerja yang sama
4. Hari-hari mengadap tengok perangai yang sama... kusut kepala aku...
5. Hari-hari mengadap blog yang sama membuatkan aku banyak menulis blog =) sama seperti aku kerja di TM hahahhaa...
6. Hari-hari mengadap makanan yang sama... fastfood..nasi..ayam..mee.. Dalam tak sedar, selama 26 tahun makan benda yang sama =).. Makan untuk hidup =)
7. Hari-hari mengadap muka kamu =)...
8. Hari-hari memberi kata-kata kepada kamu
9. Hari-hari perasaan bercelaru... Mohon pada MU ketenteraman jiwa. amin..
10. Hari-hari cikgu men bola... eh.. hilang sudah perkataan mengadap...

Apa yang di maksudkan dengan 'tiada perancangan'
- Leh ngadap komp selalu..
- Leh bermain2 selalu...
- Suka hati nak wat pape...
- Suka hati nak menulis dalam blog..
- Suka hati aku la... heheehe..

notakakiku : apala yang aku mengarut nie.. =)

Selasa, 22 Mac 2011

hilang....

Dear Blogger,

Saje nak tulis-tulis hari ini...
8.00pagi sampai 9.00pagi - hilang...
10pg sampai 11pagi - hilang...
1tghari - 3ptg - hilang...
4ptg - 4.30ptg - hilang...
selain dari itu - 'bincang-bincang'

notakakiku : hindarilah aku dari kehilangan sebegitu...

Isnin, 21 Mac 2011

Perpisahan Ini - 1st edition feat. Aizat Amdan

Dear Blogger,

Disini aku nak sharekan lirik lagu kepada kawan-kawan =)...

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Aizat dulu
Aizat sekarang...
 Credit to aizat : Congratulation!!!

notakakiku : I loike aizat =).. Sudah 3 kali aku post dalam blog nie dalam masa satu hari =)... Ini menunjukkan aku tengah busann =)...

Tarikh-tarikh penting DPLI

Dear Blogger,

Sekadar ingatan untuk kawan-kawan dan juga diri aku.... Aku ada mohon tetapi syarat-syarat khas kemasukan agak tidak sesuai dengan kos tapi aku berminat memasuki bidang Ekonomi Rumah Tangga. Mungkin ini totally berbeza dari kos yang aku pelajari sebelum ini tapi ini adalah salah satu minat aku.. Semoga aku mendapat berita gembira... Amin.

Tarikh Tutup Permohonan dan Kemaskini Borang Online DPLI : 14 Mac 2011 (Isnin)
Tarikh Tutup hantar salinan borang dan salinan sijil-sijil ke Universiti pilihan (IPTA) : 18 Mac 2011 (Jumaat)
Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat di web Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my/ mulai 22 April 2011 (Jumaat).
Tarikh Ujian MEdSI adalah pada 30 April 2011 (Sabtu).
Sila ambil perhatian dan simpan tarikh-tarikh tersebut. Sebarang perubahan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan di : http://myadha.com
Sumber dari myadha.com

notakakiku : all the best u u ols..=)

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

Dear Blogger,

Sumber dari Kosmo 21 Mac 2011...

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

Satu isu yang dibangkitkan... Emm...masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian sendiri apabila akad nikah dilakukan di masjid. Bukan semata-mata mengikut amalan kristian... Ada setengah kumpulan mengadakan akad nikah di masjib adalah kerana bagi mengelakkan seseorang berpakaian menjolok mata.. Selain itu juga, ada yang berpendapat bahawa masjid adalah tempat yang suci... Ada juga yang menjadikan masjid sebagai rumah kedua kerana tidak mempunyai ruang rumah yang mencukupi untuk menjemput/melayan tetamu sebelah bakal pengantin lelaki...
Dakwaan tersebut hendaklah mempunyai bukti yang sahih untuk dijadikan sebagai panduan. Marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal =)...

notakakiku : Selepas akad nikah nanti aku ingin mendirikan solat sunat bersama2 suami aku =)... Insyallah...
Ya Allah.. Ku mohon permudahkan lah jodoh aku, keluarga dan juga kawan-kawanku.. amin.. 

Khamis, 17 Mac 2011

salam takziah...

Dear Blogger,

Di kesempatan ini, aku ucapkan salam takziah kepada kawan aku (Mawarni Suci)  kerana pemergian bonda tercinta kerahmatullah... Semoga dicucuri rahmat oleh-NYA... Semoga moci tabah menghadapi... (Al-Fatihah) Selain itu juga, aku ucapkan takziah buat warga negara jepun kerana bencana (gempa bumi dan tsunami) yang di alami pada hari jumaat bersamaan dengan 11 Mac 2011... Dalam tidak sedar, cuaca di Selangor agak mendung sekali waktu itu. Dari pagi sampai ke petang, hujan renyai-renyai tidak berhenti. Pada masa yang sama juga, aku dan kawan sejawat pergi ke SIRIM Shah Alam untuk perbincangan mengenai penilaian outcome... Kesan daripada bencana tersebut, loji nuklear jepun meletup sebanyak empat kali. Banyak berita supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan radioaktif yang telah tercemar ke udara... Negara yang terdekat dengan jepun pun di suruh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko yang terbahaya...

Antaranya ialah :
  • penduduk dalam lingkungan 20-30 kilometer supaya duduk dalam rumah, tutup tingkap, bawa masuk jemuran ke dalam rumah dan kalau keluar rumah kena pakai raincoat atau topi dan mengambil langkah berjaga-jaga.  
  • Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) meningkatkan pemantauan sinaran radiasi di empat pintu masuk utama ke Malaysia
  • pasukan-pasukan kecemasan terbabit mengepam air laut ke dalam reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan jentera bomba
Adakah ini semua tanda-tanda hari kiamat??..
Subhanallah... Allah Maha Besar... Segala puji-pujian bagi Allah... Kau Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai...

notakakiku : Kau Maha Mengetahui segala-galanya.. Berilah aku petunjuk dari-Mu.. amin..

Sabtu, 12 Mac 2011

aplikasi adobe photoshop...

Dear Blogger,

Gambar tersebut adalah hasil dari kursus yang aku pergi... Sepatutnya gambarnya bertukar-tukar (ala2 iklan-iklan di web)... hanya boleh buka di explorer... kalo just buka gitu tu animation tidak berfungsi sama seperti di bawah... 




notakakikuke : eny, ila n jem... nnti aku bg by email.. korang tgk la gmbr tu melalui explorer.. just right click-> open with explorer...