follow me =)

Jumaat, 7 Oktober 2011

bukan puteri lindungan bulan - liana afiera malik

thanks belikan ini =)...
Yeyy.. terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada abu ubaidah kerana sudi membelikan novel ini. Lain kali jangan mungkir janji lagi k =)... Aku tak pernah tahu pun novel ini. Menurut kata dia, novel ini sangat popular semasa sekolah... penjual novel semasa pesta buku pun btau kami yang novel ni sudah banyak kali di cetak dan sangat susah hendak dapatkan.. tebal novel ni dua kali ganda novel biasa... kena makan masa yang lama untuk aku menghabiskan novel ini. Maklumla, kalau aku membaca memang susah hendak laju.. kena baca setiap patah baru aku paham hehhehe.. Tidak sabar hendak baca novel ini.. yeyy.. =).. tak taula samada novel ini masih sesuai dengan sekarang atau sekadar popular semasa sekolah.. senang dikatakan untuk jiwa remaja sahaja..

Sinopsis
Lahirnya dia ke dunia menghapuskan mimpi-mimpi duka.

Pemergian ayahandanya menyebabkan dia tersisih dari kasih sejati

ibu sendiri. Namun demi sebuah memori dikuatkan dirinya

meneruskan perjuangan yang  diwariskan. Apa yang diharapkan

tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban

dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya berubah

warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang.

sambal kerang najwa . aku bukan rabiatul adawiyah - Norhayati Berahim

Sinopsis Novel
Norhayati Berahim
RM25.90

ada diskaun sempena 105 years ~~

Sambal Kerang Najwa


Mesti seronok melihat kerang yang banyak. Toleh kiri kerang, toleh kanan kerang. Wah! Mesti tidur pun atas keranf dan makan kerang sambil berbaring. Najwa memasang senyum! “Najwa, jom kita pergi rumah eng! Kita pilih kerang dan bakar. Cicah dengan kicap dan air asam. Mesti sedap, kan?” Firdaus sudah menean liur. Padan sangatlan mereka berdua ni! Suka sangat makan kerang! Mawar suka juga makan kerang, tetapi tidaklah keterlaluan. Kalau ada, dia makanlah, tetapi tidaklah sampai menelan liur maca Firdaus. “Kau orang berdua ni, kan... teruk sungguh! Esok-esok kalau kau ornag berkahwin, aku dengan Seng buatkan kau orang pelamin dari kerang!”
“Aku tuntut janji kau!”

Aku Bukan Rabiatul Adawiyah

“Ingat, Mazwin. Awak selalu kata, nak jadi seperti Rabiatul Adawiyah. Hah, sekaranglah mmasanya. Rabiah insan yang mudah memaafkan... Jadilah seperti itu, Mazwin.” Mazwin menggelang-geleng. Dia tidak boleh melupakan kelukaan di hatinya kerana dipaksa melupakan Badrul selepas 10 bulan lelaki itu pergi menghadap Ilahi. Oh, dia tidak boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Dia gagal.

note : tak sempat nak baca lagi... bestseller mph online, tu yang teringin nak baca =).. boleh tahan tebal jgk novel ni. Buku ni dapat diskaun 30%... jimat skit hehhehe =)..

Khamis, 6 Oktober 2011

mistika legenda - ismi fa ismail

Akhirnya dapat juga aku membeli novel mistika legenda yang di tulis oleh Ismi Fa Ismail. Cerita yang sangat ringkas untuk di fahami mengenai lagenda mahsuri. Aku sebenarnya berminat juga hendak mengetahui lebih lanjut  mengenai lagenda mahsuri tersebut. Tertarik hendak baca novel ini adalah semasa aku membaca novel Hidup, Cinta, Takdir... 

~~ Mahsuri yang sangat sempurna sehinggakan bunga yang diletakkan rambut tidak mahu layu...
~~ Tingkah laku mahsuri yang sangat ayu dan lemah lembut, peramah dan lain-lain...
~~ Ramai yang masuk meminang tetapi di tolak sehingga berkenalan dengan seorang pendekar yang baik paras rupa dan budi pekerti 'Wan Darus'
~~ Di fitnah semasa suami pergi berperang menyelamatkan negeri kedah kerana perasaan hasad dengki seseorang
~~ Mahsuri seorang yang pandai dalam seni mempertahankan diri
~~ dan macam-macam lagi di dalam novel ini...


Sinopsis Mistika Legenda 
Ismi Fa Ismail
RM19.90

Mistika Legenda mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang tokoh legenda yang tersohor di Pulau Langkawi iaitu Mahsuri Binti Pandak Mayah. Mahsuri adalah seorang wanita yang dikatakan cukup sempurna dari segala segi. Cantik, beriman, dan berpendirian teguh. Kisahnya pula disebut orang sejak zaman berzaman kerana wasiat terakhirnya yang telah memberikan impak yang begitu besar kepada Pulau Langkawi. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri telah berdoa kepada tuhan agar menjadikan Langkawi, ‘Padang Jarak Padang Terkukur’ selama tujuh keturunan kerana kezaliman yang telah dilakukan kepadanya. Ketika dibunuh, tubuh Mahsuri telah memancarkan darah berwarna putih sebagai bukti kesuciannya.
Menariknya novel ini, ia juga terkandung semua kisah mitos dan legenda lain yang ada di Pulau Langkawi. Cerita-cerita lain yang terdapat di dalam novel ini adalah seperti berikut :
-          PUTRI MAMBANG SARI DAN TASIK DAYANG  BUNTING
-          SANG GEDEMBAI
-          GUA CHERITA
-          GUA LANGSUIR
-          PARI-PARI TELAGA TUJUH
-          MERONG MAHAWANGSA
-          JENTAYU DAN GARUDA
-          GERGASI MAT RAYA DAN MAT CHINCHANG
-          BERAS TERBAKAR
-          TELAGA AYER HANGAT
-          ASAL NAMA-NAMA TEMPAT DI PULAU LANGKAWI

Di dalam novel ini juga terdapat banyak puisi moden dan tradisional seperti Sajak, Pantun, Syair, Gurindam, dan Seloka yang sangat penting dalam Pendidikan Sastera Bahasa Melayu.
Bacalah novel Mistika Legenda untuk mengalami pengembaraan dan keajaiban yang luar biasa berselang-selikan dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan contoh serta tauladan.


Killer Elite

Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 9.30malam - 11.45malam
Tempat : Alamanda (gsc)
Harga : RM7.00


Director: Gary McKendry
Cast: Jason Statham, Robert De Niro, Clive Owen

Synopsis: Based on a true story, Killer Elite races across the globe from Australia to Paris, London and the Middle East in the action-packed account of an ex-special ops agent (Jason Statham) who is lured out of retirement to rescue his mentor (Robert De Niro). To make the rescue, he must complete a near-impossible mission of killing three tough-as-nails assassins with a cunning leader (Clive Owen). 

komen saya : Berat juga cerita ini, kena banyak fikir... jalan cerita macam complicated tapi bai cakap ceritanya straight saja... Triller jgk la..

Rabu, 5 Oktober 2011

berenang oh berenang ~~


Syukur, tamat juga latihan berenang aku selama empat kali kelas. Kelas terakhir sangat susah sedikit untuk aku mencuba.. asyik tenggelam je jika tidak pakai pelampung.. aku rasa macam dah ke bawah je.. kadang-kadang aku dapat juga caranya tapi bila tak pakai pelampung je mesti tenggelam.. aisshh..susah btul.. mungkin teknik aku tidak betul.. mana tak nye, abis je kelas aku sakit-sakit pinggang.. makan pun tak lalu sampaikan aku muntah dua kali hehhehee.. punyala teruk aku berenang.. tapi walau apa pun aku ada berani sedikit untuk berenang... yeahh.. suka sangat.. tunggu masa yang sesuai untuk aku mencuba untuk terapung lebih lama.. tengok orang lain senang je berenang... len kali leh cuba lagi..

kerja ~~~


Seronoknya bila dengar kawan-kawan dapat panggilan kerja...
Sedihnya bila aku tidak dapat panggilan tersebut. Tapi tidak apa, mungkin itu bukan rezeki aku.. Insyallah akan ada rezeki aku kemudian.. Aku akan tetap sabar dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap yang membolehkan aku kerja dengan aman-damai.. Semoga aku di murahkan rezeki.. Tahniah pada kawan-kawan yang telah mendapat pekerjaan yang tetap.. Doakan untuk kami yang masih berusaha =)..

Sabtu, 1 Oktober 2011

1 Malaysia

Lagu 1 malaysia yang aku minat~~~


Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia