Sebelum ni aku da kongsi sedikit nota untuk mengambil ukuran baju melayu
(DISINI)... Sekarang aku nak kongsikan cara-cara untuk mengambil ukuran seluar baju melayu pula..
1. Keliling Pinggang : Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.
|
ukuran keliling pinggang |
2. Keliling pinggul : Ukur lilitan bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.
|
ukuran keliling pinggul |
3. Labuh seluar : Ukur dari pinggang hingga ke buku lali atau ke bahagian labuh yang bersesuaian mengikut kehendak pemakai.
|
ukuran labuh seluar |
4. Bukaan kaki : Ukur dari buku lali mengikut lebar yang bersesuaian. Ukuran juga boleh dibuat dengan mengukur bukaan keliling seluar sedang yang dipakai.
|
Ukuran bukaan kaki |
5. Keliling lutut : Ukur lilitan di bahagian lutut mengikut kelonggaran yang sesuai. Ukuran juga boleh dibaut dengan mengukur bahagian keliling lulut seluar sedang yang dipakai
|
Ukuran keliling lutut |
6. Keliling paha : Ukur lilitan di bahagian paha mengikut kelonggaran yang sesuai. Ukuran juga boleh dibuat dengan mengukur keliling peha seluar sedang yang dipakai.
|
Ukuran keliling paha |
7. Cawat : Ukur dari pusat hadapan hingga ke belakang melalui kelengkang mengikut keselesaan pemakai. Hujung ukuran di belakang adalah sama paras dengan bahagian pusat.
|
Ukuran cawat |
Ok. Selesai sudah.. =).. Ukuran-ukuran tersebut hendaklah di catit dalam kertas supaya tidak terlupa dan akan di gunakan untuk membuat polar baju dan juga seluar.. Jumpa lagi~~
lain-lain : Hanya tuhan yang tahu perasaan ku kali ini.. Tak tau nak cakap ape.. aku berserah kepada-MU.. =(