follow me =)

Selasa, 27 Mac 2012

menu KFC dan McD


Hari ini aku suka pula hendak tulis blog mengenai apa yang aku belajar.. Pada sesiapa yang sudah mahir tentang Visual Basic (VB) mesti tidak heran kot tapi yang penting aku teruja hendak buat VB ini hehehe.. Memang tidak dinafikan dalam internet terlalu banyak coding dan tunjuk ajar yang diberikan tapi aku tetap suka dengan pengetahuan aku yang ada ini... Masih banyak lagi coding yang aku tidak tahu dan masih banyak lagi yang perlu aku belajar dan mahirkan.. 

Ok. Sekarang aku guna Microsoft Visual Studio 2008 untuk buat Windows Application dalam 4 form seperti di bawah ini...
form1 : klik samada KFC or McD
form2 : menu KFC 
form3 : Menu McD
form4 : Resit keluar
Ok. Ini pula coding dia...

Public Class Form1

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        Form2.Show()
        Me.Hide()
    End Sub

    Private Sub Button2_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button2.Click
        Form3.Show()
        Me.Hide()
    End Sub
End Class

****************

Public Class Form2

    Private Sub CheckBox1_CheckedChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles CheckBox1.CheckedChanged
        If CheckBox1.CheckState = 1 Then
            ComboBox1.Enabled = True
        End If
        If CheckBox1.CheckState = 0 Then
            ComboBox1.Enabled = False
        End If
    End Sub

    Private Sub CheckBox2_CheckedChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles CheckBox2.CheckedChanged
        If CheckBox2.CheckState = 1 Then
            ComboBox2.Enabled = True
        End If
        If CheckBox2.CheckState = 0 Then
            ComboBox2.Enabled = False
        End If
    End Sub

    Private Sub CheckBox3_CheckedChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles CheckBox3.CheckedChanged
        If CheckBox3.CheckState = 1 Then
            ComboBox3.Enabled = True
        End If
        If CheckBox3.CheckState = 0 Then
            ComboBox3.Enabled = False
        End If
    End Sub

    Private Sub ComboBox1_SelectedIndexChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles ComboBox1.SelectedIndexChanged

    End Sub

    Private Sub ComboBox2_SelectedIndexChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles ComboBox2.SelectedIndexChanged

    End Sub

    Private Sub ComboBox3_SelectedIndexChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles ComboBox3.SelectedIndexChanged

    End Sub

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        Dim a, b, c, resulta, resultb, resultc, sum As Double
        a = ComboBox1.SelectedItem
        b = ComboBox2.SelectedItem
        c = ComboBox3.SelectedItem
        resulta = a * 8.65
        resultb = b * 10.55
        resultc = c * 10.25
        sum = resulta + resultb + resultc
        TextBox9.Text = "RM " & sum
    End Sub

    Private Sub TextBox9_TextChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles TextBox9.TextChanged

    End Sub

    Private Sub Button2_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button2.Click
        Form4.Show()
        Me.Hide()
        Form4.TextBox1.Text = TextBox9.Text
    End Sub
End Class

*********************

Public Class Form3

    Private Sub CheckBox1_CheckedChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles CheckBox1.CheckedChanged
        If CheckBox1.CheckState = 1 Then
            ComboBox1.Enabled = True
        End If
        If CheckBox1.CheckState = 0 Then
            ComboBox1.Enabled = False
        End If
    End Sub

    Private Sub CheckBox2_CheckedChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles CheckBox2.CheckedChanged
        If CheckBox2.CheckState = 1 Then
            ComboBox2.Enabled = True
        End If
        If CheckBox2.CheckState = 0 Then
            ComboBox2.Enabled = False
        End If
    End Sub

    Private Sub CheckBox3_CheckedChanged(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles CheckBox3.CheckedChanged
        If CheckBox3.CheckState = 1 Then
            ComboBox3.Enabled = True
        End If
        If CheckBox3.CheckState = 0 Then
            ComboBox3.Enabled = False
        End If
    End Sub

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        Dim a, b, c, aa, bb, cc, sum As Double
        a = ComboBox1.SelectedItem
        b = ComboBox2.SelectedItem
        c = ComboBox3.SelectedItem
        aa = a * 10.95
        bb = b * 9.9
        cc = c * 4.6
        sum = aa + bb + cc
        TextBox9.Text = "RM " & sum
    End Sub

    Private Sub Button2_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button2.Click
        Form4.Show()
        Me.Hide()
        Form4.TextBox1.Text = TextBox9.Text
    End Sub
End Class

**********************

Public Class Form4

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        End
    End Sub
End Class


Ok..Itu sahaja yang dapat dikongsikan bersama... Esok aku akan upload coding calcultor pula.. =)...

p/s : Selamat Mencuba!!! =)

Sabtu, 24 Mac 2012

tawan broga lagi

 

Hari ini aku pergi panjat bukit broga dengan bai.. Sebenarnya sudah lama rancang hendak panjat sesama tapi asyik malas je hehehhe... Hari ini kami pun telah merancang untuk panjat bukit broga dan pergi mandi sungai tekala selepas panjat... Masa panjat tu biasala kan, mesti lama punya maklumla tiada apa-apa persiapan dibuat mahupun warming up pun... Main redah naik atas saje.. Kali ini aku pergi awal pagi.. jam 6.15 pagi kami sampai tapi mula naik jam6.30 pagi.. Kami naik perlahan-lahan supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak di ingini... maklumlah, aku ni ada sejarah pengsan kalau terlalu paksa hehehe... Biasala hari sabtu memang ramai orang tapi bagus juga sebab aku tidaklah takut sangat.. Kami sampai dalam jam6.15 pagi pun parking di bawah tu sudah hampir penuh.. Cuba bayangkan, pukul berapa la diorang datang untuk naik ke atas... Kami sampai stage pertama pada jam7.05 pagi..  Setelah sampai, kami berehat bagi menghilangan kepenatan kaki kami..
stage pertama : di kaki puncak pertama
Selepas hilang penat, kami pun naik terus ke stage kedua... Masa pertama kali aku pergi, aku sampai di stage ke dua ini sahaja... Tidak larat untuk teruskan kerana aku rasa tidak sedap badan dan hampir-hampir pandangan aku hitam kot.. Tapi aku sudah tahu macam mana nak kawal (sebab dan 2, 3 kali berlaku) supaya tidak menjadi gelap terus iaitu aku duduk men'cangkung' hahha... Kalau aku berdiri mesti gelap punya... Nasib aku ada bawa air dan juga bekalan yang diberi oleh rombongan kawan aku tu.. Ok, berbalik semula cerita asal, aku ambil juga la gambar sedikit kerana permandangan yang sama sudah aku ambil sebelum ini...
stage kedua aku....
pokok yang banyak kasut di gantung...
 Selepas stage ke dua.. kami naik ke stage ke tiga pula dan seterusnya stage ke empat... Tinggal dua stage lagi untuk naik ke puncak broga.. tapi aku tidak larat hehehe... Selepas itu, kami turun dan saparan di kajang... Hajat untuk mandi di abaikan kerana tidak larat untuk memanjat lagi di sungai tekala...

stage ke tiga
permandangan di stage ketiga
permandangan dari stage ke tiga juga
berehat di stage ke tiga

permandangan dari stage ke empat
pemadangan 
masa hendak balik, terjumpa signboard ni...

p/s : aku nak pergi lagiiii....=)

Jumaat, 23 Mac 2012

programmer


Alangkah indahnya jika aku menjadi seorang programmer yang mahir... Boleh aku buat bisnes bina laman web tapi bab networking untuk mencari pelanggan memang aku fail sikit hehehe... Masalah usahawan yang aku nampak dari pengalaman aku adalah untuk memasarkan produk-produk mereka... Walau bagus mana pun produk yang kita ada, agak payah jika tidak ada networking atau pelanggan... emm..tak tau nak tulis apa lagi... setakat di sini sahaja dulula... bye..bye..

Mac..April...Mei...Jun....................................still waiting............................

p/s : chayok2!!.. 

Ahad, 18 Mac 2012

pesta belon panas dan pesta proton

belon panas

Semalam bersemangat aku nak pergi tengok belon panas... Nak ambil gambar belon panas tu.. Tapi hampa kerana belon panasnya takde... Salah masa aku pergi.. Rupanya semalam belon panas ada pada waktu malam iaitu jam8.30malam ke atas. Selepas itu, ada bunga api pula... Kami pun lepas habis pusing kt sana, kami pun pergi lepak di alamanda... Selepas lepak-lepak, kami bercadang untuk pergi ke bukit jalil.. tengok pameran proton pula.. Kebetulan timing kami sampai sana ada pertunjukan F1 dan juga kereta proton baru... Banyak juga kereta yang di tayangkan tapi banyak kereta neo je.. kereta R3.. Ada juga pameran jualan kereta dan diskaun sehingga RM15000... depend pada kereta dan keluaran bila di keluarkan... 

selepas pertunjukan..

pameran kereta..

pameran kereta juga..

pameran juga...


Jumaat, 16 Mac 2012

putrajaya ke bukit jalil

jauh perjalanan luas permandangan

Semenjak ulang alik dari putrajaya ke bukit jalil ni, banyak juga jalan yang aku dapat tahu... dari putrajaya ada 5 jalan yang boleh lalu... yang ada tol dan tidak ada tol pun ada... Masa mula-mula aku pergi ke sana aku melalui highway MEX iaitu dari putrajaya terus masuk highway di putrajaya tetapi ada tol.. Malangnya aku tidak berapa ingat harga tol tersebut.. Rasanya dalam dua ringgit lebih... Laluan kedua pula, melalui highway sungai besi (highway plus). Tol dari highway upm ke bukit jalil sebanyak RM1.60. Laluan ke tiga pula melalui jalan ke KTM serdang dan tol sebanyak RM1.30... Laluan ke empat pula melalui depan south city dan tidak mempunyai tol.. trafic light ada 2 kena lepaskan dan ada dalam 6 bonggol.. Laluan ke lima pula melalui belakang south city.. jalan dia ajak jauh sedikt berbanding jalan depan south city tetapi jalan tersebut tidak mempunyai bonggol.. Jalan yang aku selalu ikut adalah jalan ke empat, agak dekat sedikit dan tidak ada tol.. Ohh ye..ada lagi satu jalan ke bukit jalil iaitu melalui jalan ke puchong dan terus ke bukit jalil.. aku tidak berapa tahu jalan itu kerana jarang lalu kerana sana mesti 'jem'...

Rabu, 14 Mac 2012

john carter

Tarikh : 13 Mac 2012
Masa : 7.10 malam - 9.20 malam
Tempat : Alamanda (gsc)
Harga : RM12.00


Director: Andrew Stanton
Cast: Taylor Kitsch, Lynn Collins, Samantha Morton, Mark Strong

Synopsis: JOHN CARTER OF MARS brings this captivating hero to the big screen in a stunning adventure epic set on the wounded planet of Mars, a world inhabited by warrior tribes and exotic desert beings. Based on the first of Edgar Rice Burroughs' "Barsoom Series," the film chronicles the journey of Civil-War veteran John Carter (TAYLOR KITSCH), who finds himself battling a new and mysterious war amidst a host of strange Martian inhabitants, including Tars Tarkas (WILLEM DAFOE) and Dejah Thoris (LYNN COLLINS).


p/s : bolehla best =)...

hadiah

pursuit of happiness
Alhamdulillah.. Hari ini aku dapat tiga hadiah dari pihak yang berlainan... Yang pertama dapat hadiah daripada ex-office KKLW kerana telah tamat kontrak huhuhu... 

kenangan drpd KKLW
Yang kedua pula si dia belanja barang dapur hehehe.. mula nya nak pinjam duit je sebab atm tak boleh nak kuarkan duit dan untuk beli barang mandian je.. tapi dia siap pelawa tak nak beli barang basah ke.. aku pun ambil je la mengikut bajet aku.. aku ambil barang simple-simple yang senang aku nak masak hehehe seperti naget, sayur, telur dan juga beras.. Sekali dia hendak belanja pula, alhamdulillah =)...  Dah duduk dua org ke kat umah, nak masak pun macam takde mood (macam aku rajin masak je heheh).. kebelakangan ni aku selalu masak sayur sup or tom yam.. terpengaruh rakan serumah dulu 'ila' heheh.. Ok.. Yang ketiga pula emmm..aku tidak boleh kongsikan dalam blog aku ni hehhee.. maaf ye =)..

p/s : Syukur kepada-MU terhadap apa yang telah Engkau anugerahkan.. Semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat ku... amin... =)

Ahad, 11 Mac 2012

dia


dia...
kalau aku jauh, dia akan dekat...
kalau aku dekat dia akan jauh...
dugaan...
kesabaran...

Sabtu, 10 Mac 2012

dia

sekadar gambar hiasan =)

dia...

beritahu satu perkara....
Kalau betul-betul hendak mainkan perasaan orang..
tidak sampai sebulan akan bercinta...

dia


dia...

membuatkan aku asyik terfikir kenapa....

Isnin, 5 Mac 2012

this means war

Tarikh : 4 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.10malam - 11.50malam
Tempat : Wangsa Walk (tgv)
Harga : RM14.00


Director: McG
Cast: Tom Hardy, Reese Witherspoon and Chris Pine

Synopsis: Two of the world's top secret agents are best friends who never let anything come between them -- until they inadvertently fall for the same woman. It's all-out war between them, as the two spies battle each other with high-tech surveillance, advanced tactics, and an arsenal capable of bringing down a small country. At the same time, she struggles with the difficult task of choosing between two very different, but equally attractive romantic propositions.


noted : best dan sangat2 kelakar cerita ini... boleh release tension kot... 

tree steak house

kad tree steak house

Selama kami pergi makan petang atau lebih manis dinner bersama di tree steak house... Sudah lama hendak pergi makan disana tapi asal pergi je mesti tutup.. Mungkin bukan rezeki aku lagi tu.. Semalam tidak tahu hendak kemana, jadi kami buat keputusan untuk makan disana kerana kami sangat lapar.. Kedai buka pukul6 petang sehingga 12 malam tapi kami sampai 15minit awal dan kedai itu sudah ada beberapa pelanggan.. Jadi kami decide untuk masuk dan buat pesanan... Aku pesan piziola chicken chop (kuahnya ditumis dengan bawang) dan dia pesan bakau '..' (lupa pulak nama dia tp gabungan lamb dan beef, kuah pun 2 jenis). Air pula aku pilih jus apel dan dia pilih nescafe ais.. Ok rasa pula, aku rasa aku punya emm..bolehla sebab aku tidak suka bawang.. tapi dia punya lagi sedap.. Kandungan dia memang mengenyangkan.. Harga pula, semua sekali RM43.. Secara detail tu aku takde sebab resitnya hilang huhuhu...

Kalau hendak ke sana boleh guna jalan MRR2.. jalannya terus sahaja dan kedai dia disebelah kiri jalan.. Kedai dia betul-betul tepi jalan di sungai buloh... Alamatnya seperti kad di atas. Boleh buat tempahan meja juga (booking).. Kedai dia tidakla besar seperti restauran tapi selesa...

Oh yea.. terlupa satu makanan iaitu blueberry cheese cake.. Sedap sangat-sangat.. harga agak mahal bagi aku iaitu RM5..

cheese cake

piziola chicken chop

sedia untuk makan =)

ini dia yang lupa nama makanan tu =)

ehem..ehem.. control nampak =)...
noted : thanks kerana belanja saya =).. lain kali boleh belanja lagi hehehe =)... selepas makan, kami pergi tengok wayang...

Sabtu, 3 Mac 2012

temu dugaan =)

gambar hiasan...

Hari ini, pergi cyberjaya dengan niat untuk pergi temuduga terbuka di Jobsmalaysia... Semangat pergi dengan pakaian kemas (baju kurung) dan singgah di opis ila untuk print resume dan fotostat sijil-sijil dan juga ambil barang peribadi yang tertinggal.. Selepas siap semua, kami pun pergi ke cyberjaya.. Bila sampai je di sana, kami pun mengambil fail untuk pendaftaran.. Selepas itu, kami hantar hanya untuk daftar sahaja bukannya untuk temuduga hehehe.. banyak sebabnya dan salah satunya adalah aku tidak bersedia huhuhu.. emmm...rasa berdebar-debar pula nak pergi temuduga ni maklumlah dah lama tidak pergi.. Jadi, kami buat keputusan tidak pergi temuduga huhuhu.. masa balik tu, sedih pula rasanya... Selepas itu, kami bungkus makanan di restoran saba dan makan kek di secret recipies.. Lepas tu, kami terus pulang..

nasi arab..

bungkusan nasi arab saba restorant
Harga nasi ayam ni dalam RM12.50... Sedap!.. Makan nasi sahaja pun sedap juga... 

kek indulgence =)

Khamis, 1 Mac 2012

one step again

sumber : google..


Hari ini bermulanya perjalanan baru ku dalam menceburi dunia kerjaya... Apa yang penting aku kena berusaha dan terus berusaha... Semoga pengalaman kerja aku sebelum ini dapat membantu aku dalam pencarian kerja baru... Ya, aku redha dengan ketentuan-Mu dalam mencari rezeki.. Mungkin aku perlu lebih berusaha bagi mencapai pekerjaan yang lebih baik... Selamat tinggal dan terima kasih buat TM Berhad dan KKLW, jikalau ada rezeki lagi kita akan bertemu lagi.. Yang baik akan ku dijadikan teladan, yang kurang baik akan ku dijadikan sempadan... Walaupun sedih tetapi hidup harus diteruskan.. Masih ada banyak rezeki Allah di muka bumi ini... 

p/s : berusaha dan terus berusaha... credit to abah, mak, ubaidah dan friends kerana sudi mendengar luahan perasaan dan memberi semangat kepada ku... terima kasih banyak2... =)