follow me =)

Selasa, 28 Februari 2012

adnan sempit 2

Tarikh : 27 februari 2012
Masa : 9.50malam - 11.20malam
Tempat : The Mines (tgv)
Harga : RM13.00


Director: Ismail Bob Hasim
Cast: Shaheizy Sam

Synopsis: The sequel to the successful "Adnan Sempit" by Ismail Bob Hashim in 2010 which told the story of Adnan, an orphaned street biker who is cared for by his aunt. On the other hand, Nadia is born to a wealthy family and currently owns a stable job. These two opposites soon encounter one another by chance and end up being in a relationship. Now, in "Adnan Sempit 2", it sees Shaheizy Sam reprising his role as Adnan, and his trials and tribulations in life and his relationship with Nadia.


noted : thumb up!!.. Sangat lawak... boleh hilangkan stress... di mana ada kemahuan di situ ada highway... 
siti : chayok2!!.. sabar dan terus bersabar... 

Ahad, 26 Februari 2012

my heart...



Rindu sangat-sangat walaupun baru je lepas jumpa.. 
I love u mom and dad... 
You are always in my heart...
i really miss u so much... 

Rabu, 22 Februari 2012

Customer Service IT Helpdesk




Responsibilities:
  • Receiving INBOUND calls.
  • Troubleshooting either software or hardware.
  • Writing an escalation report.

Requirements:
  • Candidate must possess at least a Primary/Secondary School/SPM/"O" Level, Higher Secondary/STPM/"A" Level/Pre-U, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Computer Science/Information Technology, Food & Beverage Services Management, Hospitality/Tourism/Hotel Management, Mass Communications, Science & Technology or equivalent.
  • Required skill(s): Microsoft Windows.
  • Required language(s): English
  • Applicants must be willing to work in Kuala Lumpur and Taman Tun Dr Ismail.
  • Fresh graduates/Entry level applicants are encouraged to apply.
  • 20 Full-Time and Contract position available.
  • FRESH candidates
  • MUSH be able to work on SHIFT HOURS

If there are any interested candidates that would want to give this opportunity a go and kick start your CUSTOMER SERVICE experience, this would be the best place.
 
-Please do drop me an email attached with your updated resume and all of your qualifications at hafiz.y@randstad.com.my or either contact me at +603-2036 6625(office number) or contact me directly at +6012-918 6201(mobile number).

Selasa, 21 Februari 2012

dia



dia...
kadang-kadang sukar untuk aku fahami...

Isnin, 20 Februari 2012

dia...


dia...
terlalu baik buat ku...



ghost rider spirit of vengeance

tarikh : 20 Februari 2012
masa : 5.00petang - 6.45petang
tempat : leisure mall (gsc)
harga : RM10.00


Director: Mark Neveldine, Brian Taylor
Cast: Nicolas Cage, Ciarán Hinds and Idris Elba, Christopher Lambert, James Remar, Violante Placido, Johnny Whitworth and Fergus Riordan

Synopsis: Johnny Blaze, aka Ghost Rider, hides in remote Eastern Europe and struggles to repress his curse. Blaze is recruited by a sect to take on the devil, who wants to take over his mortal son's body on the boy's birthday.


noted : cerita agak simple.. ok laaa... =)...

Ahad, 19 Februari 2012

Access Administration Analyst

The Job

Administer a wide range of computing systems access requests from ExxonMobil users around the globe in accordance to the ExxonMobil's Systems Control Practices and Policies.

The Person

  • Possess good command of English language (written & spoken)
  • Possess excellent communication and interpersonal skills
  • Possess strong initiative, analytical and innovative qualities
  • Able to deal with people from various organizations and backgrounds locally, regionally and globally
  • Willing to work on shift and must have customer service oriented mindset
  • Experience in IT Access/Security Administration would be an advantage but not a prerequisite
  • Degree holders in Information Technology or Engineering (CGPA 3.0 minimum preferred)
  • Knowledgeable in one or more of the following systems is an added advantage: Windows 2000/ 2003/ Active Directory, Lotus Notes, UNIX, ORACLE, SQL, AS400, SAP, MVS, ACF2, CICS, HP9000 and HP3000
  • Fresh graduates with good academic results are encouraged to apply
www.exxonmobil.com

Sabtu, 18 Februari 2012

hantu dalam botol kicap

tarikh : 17 Februari 2012
masa : 11.55 malam - 1.30 pagi
tempat : Cineleisure, Cathay Cineplex
harga : rm10.00


Director: Azhari Mohd Zain
Cast: Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre

Synopsis: A Malaysian horror comedy about a couple, Aminah dan Hussin, who decide to pay a visit to their hometown with their three children, Azri, Epul dan Rina. In actuality, Aminah longs to ask her mother, Nek Temah, to care for her three children. A well-known shaman in the village, Nek Temah tells the three siblings about the dos and don'ts of the house or they will have to face the consequences. First, they cannot go out of the house after evening prayers. Second, they cannot enter the mysterious room in the house that is sealed with a red tape. However, when Nek Temah goes out to see a patient, Epul hears a sound of a bottle falling from the sealed room. He tries to open it, only to be stopped in time by Nek Temah. However, they are not so lucky the second time, when during a meal, Rina suddenly voices her desire to eat her rice with soy sauce. Following that, Epul suggested that the three of them open the door to the mysterious room to look for soy sauce. In the process Rina cut her hand, and without thinking, Epul uses a cloth binding the soy sauce bottle to stop the bleeding, only for a ghost to escape. The ghost tries to strangle Rina, but fortunately, Nek Temah returns home in time to expel it but only temporarily...


p/s : malas nak cerita.. tengok jela sendiri.. =)

chantek

tarikh : 17 Februari 2012
masa : 10.00malam - 11.50malam
tempat : Cineleisure, Cathay Cineplex
harga : RM12.00


Director: Pierre Andre
Cast: Pierre Andre, Nurul Ekasari, Maimon Mutalib, Kin Wah, Abon

Synopsis: "Chantek" is the story about AD, a film celebrity whose glamorous and carefree life is overturned when he becomes blind due to his negligence in crossing the road caused by witnessing his fiancee cheating on him. Having lost all faith in life, AD isolates himself in a vacation home ran by CHANTEK, a housekeeper who has to disguise herself as a man so as to not aggravate AD, who has developed a phobia towards women. However, after living together and discovering each other's strengths and quirks, CHANTEK and AD fall in love, which causes CHANTEK to reveal her secret. But what will come of a romance between a fallen celebrity and a housekeeper?


noted : Chantek, seorang perempuan yang datang dari indonesia yang hendak memulakan hidup baru. Chantek menjadi pembantu rumah kepada seorang pelakon terkenal, Ad. Selepas kemalangan, Ad menjadi buta. Chantek bekerja secara senyap kerana Ad tidak suka perempuan dan tidak mahu sesiapa ganggu dia bercuti di rumah tepi pantai. Chantek menyamar jadi pembantu lelaki setelah terkantoi oleh Ad. Selepas berbual-bual, Chantek rasa rasa bersalah dan akhirnya dia berterus-terang. "jujur dan kepercayaan". Ad marah dan mereka berenggang seketika... Setelah itu, mereka jatuh cinta... masa keluar berjalan-jalan, tup-tup terkantoi yang dia tidak buta.. 

teh tarik olace

teh tarik place

Semalam pergi berjalan-jalan di The Curve.. tengok wayang dan makan... oppsss...makan dulu dan lepas itu baru tengok wayang... Aku makan kt teh tarik place.. makanan dia sedap dan teh tarik yg kaww (kata2 dari seseorang)... Aku order kt situ TTP nasi goreng ayam dan jus epal oren.. sedap! cuma ayam nya aku tak berape suka rasanya hehhe... Roti canai sedap cuma kurang garing.. aku suka roti canai yang garing...

TTP Nasi Goreng Ayam








Rabu, 15 Februari 2012

halatuju

Perjalanan ada dua hala... Samada jalan kebaikan atau kejahatan.. hanya kita yang dapat menentukan perjalanan kita...


gambar hiasan 1

gambar hiasan 2

anak aida
step pertama : bertunang
step kedua : berkhawin
step ketiga : menjadi ibu / ayah
step keempat : menjadi nenek / datuk

aku?? step pertama pun belum lagi hehhe...

p/s : ape mengarut aku ni.. =)

Isnin, 13 Februari 2012

valentine day

sumber : edaran tazkirah KKLW

Happy Valentine’s Day!,,,,,,,,,I Love U!……hadiah dan setangkai bunga ros sangat sinonim dan seakan-akan menjadi satu kemestian dalam merayakan sambutan Valentine’s Day atau Hari Kekasih.

Sejarah Lahirnya Valentine’s Day
Pelbagai pendapat dikaitkan dengan sejarah Valentine’s Day. Walaubagaimanapun salah satu pendapat yang agak popular menyatakan bahawa Valentine’s Day diambil sempena nama seorang pendeta bernama Santo Valentine yang dibunuh oleh kaisar Claudius II pada zaman Romawi. Santo Valentine menentang dasar yang dibuat oleh kaisar Claudius II yang melarang tenteranya berkahwin kerana bimbang mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada peperangan lantaran teringatkan keluarga.

Secara rahsia Santo Valentine membantu pahlawan-pahlawan ini berkahwin dan hal ini akhirnya diketahui oleh kaisar Claudius II. Santo Valentine akhirnya ditangkap dan dibunuh pada 14 Februari. Sejarah ini kemudian terus diingati bersempena kasih sayang yang ditunjukkan oleh Santo Valentine.
                                                
  
Hukum Menyambut Valentine’s Day

            Bagi golongan remaja dan belia khususnya, Valentine’s Day sangat ditunggu-tunggu kerana hari inilah mereka akan cuba menzahirkan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Pelbagai cara dan kaedah sambutan dibuat sempena meraikan hari yang diaggap istimewa ini dari bertukar-tukar bunga ros, kad ucapan atau hadiah, makan malam, parti sehinggalah kepada aktiviti yang semakin jauh melalaikan dan merosakkan akidah dan akhlak.

Sambutan Valentine’s Day bertambah hangat dengan siaran rancangan-rancangan drama atau filem romantik di kaca televisyen dan irama lagu-lagu cinta yang diputar melalui corong-corong radio.

Majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

            Pengharaman ini bukan hanya sekadar ia tidak mempunyai sandaran yang kukuh tetapi juga kerana sambutannya yang jelas terpesong dari ajaran Islam. Penzahiran kasih sayang melalui Hari Valentine tidak sewajarnya mengenepikan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan menghalalkan semua perlakuan.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.



Islam Sebagai Cara Hidup

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan agar umatnya sentiasa hidup dalam berkasih sayang. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w.
           
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

            Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh dihalalkan hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi iaitu melalui ikatan perkahwinan.

            Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam perlu disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.



Valentine’s Day bukanlah amalan kita umat Islam……..

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

Maksudnya : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Merayakan sambutan Valentine’s Day tidak termasuk dalam takwim hari-hari kebesaran Islam, sehubungan itu tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya yang kita sendiri tidak jelas amalannya. Fikir-fikirkanlah……

Customer Service Executive- Tech Support

Responsibilities:
  •  To answer all customer interactions by phone on product related enquiries, product features, and to ensure Departmental KPIs are met/achieved, or performance exceeding the monthly goals.
  • Customer oriented and has the ability to work independently under minimum supervision.
  • Possess good analytical, communication and interpersonal skills.
  • Answers all customer interactions on a timely basis, takes accurate information, route to relevant parties if necessary for resolution, and to ensure timely response to the customers.
 
Requirements:
  1. Candidate must possess at least a SPM or Diploma any field.
  2. Required language(s): English, Mandarin
  3. Fresh graduates/Entry level applicants are encouraged to apply. 
  4. Full-Time positions available. 
  5. Able to commence immediately would be an advantage

 
noted : boleh apply melalui jobstreet...

Ahad, 12 Februari 2012

pengalaman vs kenangan

sumber : Utusan Malaysia 6/2/2012...

"PTD kontrak mohon dibela


SAYA dan rakan-rakan PTD kontrak lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari seluruh Malaysia yang telah dan bakal ditamatkan perkhidmatan ingin memohon kerjasama dan bantuan daripada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi memperjuangkan nasib kami yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak JPA dan SPA.

Untuk makluman, sebahagian daripada kami merupakan graduan universiti tempatan dan luar negara di bawah tajaan JPA yang telah diarahkan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai PTD (Gred M41) secara kontrak.

Sebelum berkhidmat sebagai PTD kontrak, terdapat dalam kalangan kami sudah mempunyai kerjaya yang mantap dengan pendapatan yang lumayan di sektor swasta.

Bagaimanapun, sebagai pemegang biasiswa JPA, kami tidak mempunyai pilihan untuk menolak arahan berkenaan kerana sekiranya ingkar untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, maka pegawai akan dianggap telah melanggar kontrak biasiswa JPA dan perlu membayar penalti yang telah ditetapkan.

Begitu juga bagi pegawai yang bukan kalangan pelajar tajaan JPA, majoriti daripada mereka telah menolak jawatan-jawatan tetap yang diberikan oleh syarikat swasta dan kerajaan kerana ingin berkhidmat untuk negara.

Kami dengan bangganya menerima arahan berkenaan tanpa ragu-ragu kerana menyedari kami akan menjadi pemangkin utama Perkhidmatan Awam dalam merangka, menggubal, menetapkan serta melaksana dasar dan peraturan kerajaan.

Kami yakin pengorbanan itu dapat memberikan manfaat kepada rakyat yang merupakan pelanggan utama kerajaan di samping memenuhi aspirasi kerajaan dan stakeholders.

Kami dengan rasa rendah diri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah memberikan peluang dan kepercayaan kepada kami untuk berkhidmat dan menabur bakti demi kecemerlangan dan transformasi perkhidmatan awam secara berterusan seperti mana yang dicetuskan oleh PM.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, kami telah ditempatkan di pelbagai kementerian serta agensi kerajaan termasuk agensi yang berprofil tinggi dan utama seperti Jabatan Perdana Menteri, JPA, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Bahagian Kabinet Perlembagaan & Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP).

Pendek kata, kami merupakan agen penambahbaikan, penggubalan, pelaksanaan dasar, pengukuhan jalinan hubungan antarabangsa dan peraturan kerajaan mengikut keperluan semasa negara. Kami secara langsung terlibat dalam pengendalian maklumat negara. Malah, ada dalam kalangan kami diberi kepercayaan oleh Ketua Jabatan untuk memangku tugas Pegawai Penyelianya kerana kualiti prestasi kerja yang mantap, komitmen tugas yang ditunjukkan dan juga diberi kepercayaan untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Misalnya, mereka yang berada di Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa berpeluang menyertai persidangan antarabangsa. Ini secara tidak langsung menunjukkan kami boleh melaksanakan tugas seperti pegawai lantikan tetap.

Pada 4 hingga 14 Januari 2011, pihak SPA dan JPA telah menganjurkan temu duga khas kepada semua Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41(Kontrak) lantikan JPA dan SPA yang berada di seluruh Malaysia bertujuan untuk menetapkan hala tuju PTD kontrak ini di dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun, hasil temu duga tersebut tidak menyebelahi semua pihak kerana tidak semua berjaya mendapat lantikan tetap. Daripada seramai 652 orang pegawai yang memegang status kontrak, hanya 78 orang pegawai berjaya mendapat lantikan tetap.

Bagi mereka yang telah lulus temuduga khas, masih lagi memegang status kontrak kerana masih belum lulus syarat lantikan skim perkhidmatan PTD iaitu wajib lulus peperiksaan dan Programme Assessment Centre (PAC), pegawai.

Terdapat pula pegawai telah disenaraipendekkan oleh ahli panel penemuduga untuk ditawarkan ke jawatan lain sekiranya terdapat kekosongan jawatan. Bagaimanapun, cuma segelintir yang berjaya mendapat tawaran tersebut. Majoriti daripada kami masih lagi menunggu tawaran dan ada juga yang telah dan bakal ditamatkan perkhidmatan. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang tidak lulus temuduga khas tersebut telah dan bakal ditamatkan perkhidmatan apabila genap tempoh kontrak masing-masing.

Merujuk kepada kes 13,184 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat dan diserap ke perkhidmatan tetap tertakluk kepada syarat seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011, kami berharap pihak terbabit turut membela nasib kami.

Persoalannya, mengapa kami tidak boleh diberi peluang yang sama dan adil seperti GSTT sedangkan kami adalah pemegang biasiswa JPA yang telah ditaja pengajian dan telah diarahkan untuk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia sebagai PTD, Gred M41?

Kami telah dimaklumkan bahawa tempoh kontrak kami tidak akan disambung oleh pihak SPA dan JPA dan kami juga tidak akan dilantik tetap kerana tidak melengkapi syarat-syarat lantikan skim perkhidmatan PTD.

Mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan masih menganggur sehingga sekarang. Kami tidak faham rasional mengapa peperiksaan dan PAC masih lagi dijadikan kayu pengukur kepada kami untuk mendapat lantikan tetap sedangkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang bercirikan peperiksaan telah dimansuhkan PM demi kepentingan perkhidmatan awam.

Tempoh perkhidmatan kami yang melebihi 2 tahun, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang cemerlang dan mendapat sokongan penuh Ketua Jabatan dan pihak Pengurusan Tertinggi tidak pula dipandang oleh mereka.

Kami mempunyai keluarga yang perlu disara dan anak-anak kecil yang bersekolah. Sekiranya perkhidmatan kami ditamatkan, bagaimana kami hendak menyara keluarga dan menampung pendapatan keluarga?

Dunia pekerjaan di negara ini sangat kompetitif. Kami yang sudah mempunyai pekerjaan ini tetapi diberhentikan pula hanya akan menambah kadar pengangguran di Malaysia. Hal ini sangat mendukacitakan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan termasuk ketua-ketua jabatan kami.

Kami ingin memohon PM untuk membantu kami bagi mendapatkan penyambungan tempoh perkhidmatan kontrak sekiranya permohonan kami untuk dilantik tetap masih juga tidak berjaya. Hanya PM yang dapat membantu kami untuk keluar daripada kemelut masalah ini."

noted : akan menjadi satu kenangan dan pengalaman yang tak ternilai kerana tidak semua orang (tanpa melalui ketiga-tiga peringkat untuk di lantik memasuki skim ini) dapat merasa/menilai betapa beratnya tanggungjawab yang ditugaskan dalam sektor kerajaan... Semoga ada sinar rezeki untuk aku selepas ini dan semoga jalan aku akan menuju kejayaan....

kacang pool vs ikan bakar


9 Februari 2012...

 Aku dan housemate pergi makan di "Kedai Kopi Kawan".. Dengar-dengar kacang pool sedap di sana... dan juga sangat terkenal bagi orang johor... Tapi aku sebagai orang johor, tidak pernah dengar pula kacang pool tu.. Makanan yang simple, sesuai untuk makan pagi atau malam.. Ada kacang, telur dan roti... Pertama kali makan memang sedap!! char kuew teow pun sedap jugak.. 

Kedai Kopi Kawan~~
Kacang Pool

11 Februari 2012...

Hari ini, aku pergi melaka kerana hantar barang-barang aku yang banyak gila tu.. Hantar sikit-sikit ke kampung, biar barang yang penting je yang tinggal.. senang aku nak berpindah randah nanti... Lepas hantar barang, kami pun makan di umbai... semua sekali dalam RM40++ untuk dua orang...

Jeti ke Pulau Besar

udang masak tepung

lala masak sambal, ikan kerapu masak 3 rasa

noted : thanks temankan saya =)..

Jumaat, 10 Februari 2012

azura

Tarikh : 8 Februari 2012
Masa : 8.05malam - 9.50malam
Tempat : The Mines (tgv)
harga : RM8.00


Director: Aziz M.Osman
Cast: Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki

Synopsis: "Azura" tells the story of the eponymous heroine, teenage girl who lives with her aunt, Yusni, after being orphaned in the tragic Min and Mekah tunnel incident in 1990. She strives to achieve her dream by working hard, and as a result, she managed to enter a prestigious university as a student. However, during her French class, which she takes as a result of her love for France and its art, she meets a fellow student, named Zek, and they fall in love. Facing various obstacles from Zek's parents, the two then elope to London to be married. But what will happen to the couple in the end?


noted : Sebenarnya tidak berapa ingat cerita azura yang dulu... 
Cerita ini berkisahkan Azura bercinta dengan seorang anak VVIP a.k.a anak Tan Sri.. Anak VVIP ini yang jatuh cinta dulu kerana terima penangan sepakan azura... Selepas mengurat, akhirnya azura jatuh cinta.. Selepas itu, khawin... sebelum kawin tu adala sedikit halangan yang di hadapi.. Selepas kawen, ada dugaan juga... Selepas anak VVIP ini tersedar, mereka bertemu kembali di oversea...
"IQ lebih rendah daripada Orang Utan"

Isnin, 6 Februari 2012

obsesiku - aqasha



Matamu bibirmu

Pipimu dan juga senyummu
Membuat aku lebur
Hanyut di dalam ghairah
Kerna mu

Tubuhmu harummu hatimu
Oh semua aku mahu

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
dan membisikkan aku cinta kamu

Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu ku gila kamu

Auramu Pujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malamku gundah
Tiada melihat wajahmu
Ku rindu

noted : Aku belum berkesempatan lagi hendak beli buku novel gemersik kalbu.. Sekarang hanya mengikuti ceritanya sahaja... =)...

Ahad, 5 Februari 2012

terima atau tidak...

status : Approved =)
Pagi tadi aku terkejut apabila mendapat email daripada pihak upm. Email tersebut memberitahu aku bahawa permohonan untuk sambung belajar di terima... Sebelum-belum ini memang aku cek tiap-tiap di laman portal upm bagi mengetahui status aku.. Bila tidak cek, barula dia keluar status permohonan aku... Keputusan dia adalah positif tapi aku kena fikir juga ini. Masa yang dia bagi selama 2 minggu sahaja iaitu sampai 17 Februari 2012.. Emm...fikir..fikir.. macam mana ye..

noted : rindu zaman semasa belajar~~

peperiksaan lagi


hala ke dewan
Kali ini aku menduduki Peperiksaan Skim Memasuki Perkhidmatan Kastam WK1-1... Soalannya banyak berkaitan dengan kastam.. tentang cukai, peranan utama kastam dan sebagainya.. Aku jawab apa yang aku tahu sahaja.. Maklumat semua itu boleh baca di laman web kastam.. Boleh membantu untuk menjawab.. Peperiksaan kali ini hanya ada 4 seksyen sahaja iaitu seksyen pengetahuan am, penyelesaian masalah, esei bm dan esei bi.. Bagi esei BM dan BI, tiada had patah perkataan.. Boleh tulis sesuka hati kita tapi syaratnya mestilah susunan ayat yang jelas kemas dan mempunyai isi-isi penting.. Tempat peperiksaan aku di Perpustakaan UNITEN.. Agak dekat bagi aku untuk sampai ke sana.. Banyak juga aku ambil peperiksaan untuk memasuki kerajaan, tapi semua keputusan dukacita sahaja... Bila la aku nak dapat keputusan sukacita.. Semoga aku ada rezeki kali ini.. amin.. 

surat panggilan peperiksaan


sarapan pagi sebelum memasuki peperiksaan =)...

dalam dewan peperiksaan =)

Jumaat, 3 Februari 2012

pindah lagi??

Semalam aku kemas barang-barang yang mana tidak digunakan akan di masukkan ke dalam tong sampah... Maklumlah dalam proses permindahan perpindahan rumah.. Barang perlu di maksimakan supaya aku boleh pindah dengan senang.. Banyak juga barang aku.. baju, buku, cadar, katil, tilam, bantal, tv, petiais, kerusi, meja dan boleh di katakan memang banyak la.. nak buang sayang pula... Terpaksa fikir dua kali.. yang mana memang tidak pakai langsung akan dimasukkan dalam beg plastik sampah... Semasa tengah mengemas, terjumpala satu surat cinta dari seorang peminat aku heheheh..=). Sekejap sahaja dia mengurat aku, selepas tidak layan sangat sebab masa itu aku sudah ada boyfriend.. dia terus senyap.. mungkin sudah dapat penggantinya =).. 

surat luahan perasaan~~
Banyak juga novel-novel yang aku beli sepanjang 2 tahun aku kerja. Dalam sebulan aku beli sebuah novel. Kadang-kadang sampai dua tiga buah aku beli novel dalam sebulan. Itu pun jikalau ada promosi atau jualan murah.. Bila di kumpul-kumpul, inilah hasilnya =)

Inilah novel-novel aku. Kebanyakannya novel Ramlee Awang Murshid =)
Selain itu juga, aku telah membuat keputusan untuk menjualkan peti ais yang aku beli. Aku memang sayangkan peti ais itu kerana sekarang ini susah hendak dapatkan peti ais dua pintu tetapi hanya 160liter sahaja. Kebanyakan pada waktu sekarang hanya satu pintu untuk 160liter. Namun apakan daya, aku hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Banyak jasa peti ais ini kepada aku. Semoga kau terus berkhidmat kepada tuan baru =)...

peti ais yang banyak magnet fridge =)
p/s : sayonaraaa... jikalau ada rezeki lagi, aku akan kumpul novel, magnet fridge dan beli peti ais kembali =)... Masih bersabar menunggu berita baik daripada tuhan.. Usaha, Doa dan Tawakal..

Khamis, 2 Februari 2012

nyum...nyumm...


Makanan yang aku selalu makan ialah KFC.. 



Sangat suka makan cheezy wedges.. 


I'm loving it!! =).. so good...