follow me =)

Isnin, 31 Januari 2011

Gong Xi Fa Cai!!! =)

Dear Blogger, 

Tidak lama lagi rakyat malaysia akan menyambut raya cina... Thanks for this perayaan kerana aku dapat bercuti dirumah.. Hari selasa pagi aku akan balik kampung hoooreeyyy... Sudah lama aku tidak melihat rumah mak aku.. mesti ada perubahan di rumah =)... Aku sangat teruja untuk balik kali ini kerana ingin melihat anak buah ku.. Mohd Haniff Iman kalau tidak silap namanya=)..

Di pejabat ku tidak ramai yang kerja, maklumla hari selasa cuti wilayah... So masing-masing mengambil cuti seminggu dari hari ini sampai hari ahad.. Cuti yang di tolak hanya dua hari sahaja.. Sangat berbaloi2 =).. Aku pulak cuti hari rabu sahaja kerana hari isnin, mybe akak aku tidak balik lagi dari kuantan... Mak dan ayah aku akan bawa akak aku berpantang di rumah kota tinggi... Terjaga sikitla makan minum akak aku.. Kalau duduk di rumah kuantan, tidak ada sape pun yang boleh jaga.. bahaya juga tu...

Tahun Baru Cina inii juga, ramai kawan2 aku yang akan mendirikan rumah tangga.. Kepada aida, wana, lia dan juga maliza - selamat pengantin baru!!! =)... Semoga berbahagia sampai ke anak cucu... Semoga diberkati =).. Congratulations!!!...

Selamat Tahun baru cina =)... 

notakakiku : ptg ni aku nak angkat peti ais plak... yeyyy..dah ada petiais... tinggal mesin basuh sahaja yang perlu dicari.. =)

Ahad, 30 Januari 2011

new home @ presint 17

Dear Blogger, 

Syukur pada tuhan aku dan housemate telah selamat berpindah ke rumah baru di presint 17, putrajaya dari presint 11... Walaupun lori yg aku tempah tidak datang untuk angkat barang... Hampeh punya lori, boleh dia tidak datang.. Kata je boleh datang tp bila call semula langsung tidak angkat... Bila cl guna nombor lain, dia angkat plak.. comfirm2 dia tipu aku.. Kepada sesiapa yang nk sewa lori, berhati2la dgn lori yang bernombr ini 0123018229. At least kalau takde lori tu btau la, ni tidak.. senyap je pastu aku cl tak angkt2.. sabar je la.. Nasib baik housemate aku ada nombor tepon lori lain.. Dapat juga akhirnya lori, lori pakcik Qayyum =)..

Bawa turun barang-barang kebawah jam9.30 pagi. Selesai angkat barang kebawah dalam jam 10.30pg. Janji dengan lori jam10 pagi. Masa nak pindah tu, ada juga orang lain yang nak pindah, dia bawa turun barang lepas kitorang abis angkat barang. Dia dah siap angkat barang dan bergerak, kitorng masih lagi dibawah menunggu lori.. Jam12.30 lori baru sampai.. Angkt2 dalam 2.30tghari sampai rumah baru. Selepas tu, kemas2 rumah..  Selepas tu, dalam kul6 ptg baru makan tghari+malam.. Puas ati kerana dapat rumah besar cuma tiada mesin basuh je... Mesin basuh masih lagi tercari2 yang murah untuk dibeli oleh housemate aku huhuhu... 

Channel tv di rumah ini sangat memuaskan... Semua tv boleh dikatakan sangat terang... Selepas ini boleh mengikuti cerita di tv =).. Semoga rumah ini dapat aku dan housemate diami selama yang mungkin (as soon as single hehhehe)... 




rumah presint 17


notakakiku : Jauhnye nak ke dapur.. jauhnye nak ke bilik air... jauhnye nak ke bilik tidur=)
Tak sabar nak balik rumah tengok anak buah (baby boy) yang baru di lahirkan pada 27 januari 2011... 

Rabu, 26 Januari 2011

shotttt...

Dear blogger,

Tak sabar rasanya nak pindah rumah baru di presint 17 =). Keluasan agak besar sedikit dari rumah di presint 11 Putradamai. Deposit rumah, api dan air telah aku setelkan. Jauh juga nak pergi bayar deposit air di Bandar Baru Salak Tinggi, abis jugala duit minyak aku rm30 untuk pusing-pusing cari SYABAS. Selepas tu, aku pergi ambil kunci pada 24 Januari 2011 (Aku ingatkan hari tu gaji, rupanya esoknya..aayyyaa).

Semalam selepas balik dari pasar malam, kami (housemate) pergi tengok2 rumah baru =)... Komen2 dari semua agak memberangsangkan kecuali kaler rumah.. Rumah lama dinding kaler oren, rumah baru ni pun kaler oren jugak.. memang tidak boleh dipisahkan dengan kaler oren. Akhir sekali kami decide untuk cat semula.. biarrr kasi terannggg =)...

Bulan ni agak sempit membuatkan kewangan ku shot atas sebab-sebab berikut :
1. kwsp naik dari 8% kepada 11% ... Banyak dia tolak tetapi untuk masa hadapan aku juga =)..
2. Beli peti ais second hand dari sila (RM350 -angkut sendiri), jenama sharp, dua pintu tapi ketinggian macam petiais satu pintu...
3. Beli tudung Alya Sarah 14 helai RM434).. 7 helai untuk emak, 2 helai untuk aku dan 5 helai untuk aku. Sehelai tudung RM31. Emak bayar RM100 dan lebihnya aku bayar (kalau tahu, mnta RM150).. Aku pulak kena bayar RM62.. Akak aku kena bayar full sebab aku dah lari bajet (RM155) - Bajet sebenar untuk tudung adalah RM26 kerana iklan yang mengelirukan..
4. Service kereta RM193 - termasuk tukar mata kereta aku yang sepet sebelah (lampu terbakar). Service nya just tukar minyak hitam rm48, lampu RM15, alurkan besi break ( ape tah aku tak tau namaye) RM70+48, labour RM12...
5. Service rambut RM18 (ringan kepala aku selepas di service =))
6. Minyak kereta.... macam kai air je..benci rrr...

Jimat cermat itu penting.. =).. Bilala aku nak mula saving nie???

notakakiku : tak balik la raya cina nnti... takde DUIT.. =(

Rabu, 19 Januari 2011

$$$....

Dear Blogger,

Duit... Wang... Money...

Boleh buat orang pusing kepala...
Boleh buat pergaduhan...
Boleh buat orang salah padang...
Boleh mengubah seseorang...
Boleh membutakan hati seseorang...
Boleh merunsingkan hati...
Boleh menyukarkan tidur...

Keikhlasan hati hanya boleh melenyapkan semua itu...
Ikhlas kerana Allah...
Dengan keikhlasan, kita dapat hidup dengan tenang...
Segala rezeki yang diberi kepada kita bukan hanya untuk kita sahaja...
Dan juga bukan selama-lamanya...

Aku bersyukur kerana masih diberikan rezeki...
Semoga aku di hindari dari perasaan tersebut...
Mohon kepada Mu dapat memberikan aku rezeki...

Sama-sama lah kita baca ayat dibawah...



Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.


Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu


notakakiku : Kuatkan semangat untuk memotong baju esok...

Sabtu, 15 Januari 2011

Main panjat-panjat~~

Dear blogger, 

Hari ini aku pergi panjat bukit broga bersama eny+kawan2 pejabat dia. Agak memenatkan jugala mendaki bukit broga. Aku ingat biasa-biasa saja sebab aku tengok kebanyakkan gambar budak kecik, pengantin dll ada bergambar di bukit broga. Badan masih penat so tidak dapat idea untuk menulis dalam blog ini. Jadi, saya sharekan gambar2 sahaja =)...

Bukit Broga, Semenyih.....
Masa mendaki : 7.00 pg  
Sampai puncak pertama : 7.35 pg
Turun : 9 pagi
Sampai di kaki bukit : 9.15 pagi













Rabu, 12 Januari 2011

sungai lui~~

Dear Blogger,

Selamat menghayati lagu ini.... =)

Sungai Lui - Aizat

Pejamkan matamu untukku 
Dengarlah dunia berkata-kata 
Usah kau ragu di sini tempatmu 
Walau berubah di mata kita tetap indah 
Selagi kau masih percaya 

Ketawa kecewa terpisah 
Jalan yang lurus kian berhalang 
Adakah semua ini yang ku inginkan 
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata 
Ku harap ku masih percaya 


Adakah semua ini yang ku inginkan 
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata 
Ku harap kau masih percaya 

Buka matamu 
Biar aku memelukmu 
Kita bersama masih muda masih mentah 
Ku harap kau masih percaya 

Selama ini selama ini 
Selama ini selama ini 
Selama ini selama ini 
Selama ini

notakakiku : Walau berubah di mata kita tetap indah =) 

Bermulanya tahun baru 2011

Dear blogger,

1 Januari 2011..
Detik permulaan aku menempuh tahun baru dan meninggalkan tahun 2010 yg terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku hadapi. Terima kasih 2010 kerana memberi aku segala kenangan dan cabaran hidup. Terlalu sukar untuk aku rungkai satu persatu, hanya yang boleh aku katakan... hidup banyak cabaran, perlu bersedia dan perlu redha dengan apa yang terjadi.. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya!!..itu yang paling aku pasti!.. Segala yang buruk akan dibuat pengajaran dan segala yang baik akan dikekalkan dan dikenang sehingga akhir hayat ku.. insyallah...

p/s : Tahun ini aku sambut tahun di rumah sewa sahaja =)

9 Januari 2011..
Tarikh ini pula merupakan peningkatan umur aku.. Sedar tidak sedar, aku telah hidup selama 26 tahun.. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih boleh bernafas di bumi ini. Kebanyakkan kawan-kawan aku sudah memasuki alam perkhawinan. Tahniah diucapkan kepada pengantin lama dan pengantin baru dan juga kepada bakal pengantin juga. Semoga mendapat keberkatan dan kebahagian di dunia dan di akhirat =)... Aku bila plak??? emm..no komen (jawapan selamat bagi artis2 kita =))... 
Pada tarikh ini juga, aku mengambil keputusan untuk putus dengan dia... Terlalu berat untuk aku katakan padanya.. Aku hanya memberi kata2 melalui handphone sahaja. Aku tidak sanggup untuk berkata didepannya. Aku tahu, aku terlalu menyayangi dia dan aku juga tahu dia juga terlalu menyayangi aku juga, tapi tidak tahu kenapa aku membuat keputusan seperti itu. Tidak ada siapa pun yang tahu akan keputusan aku kecuali sesiapa yang tengah baca blog aku sekarang ini. Aku tidak beritahu sesiapa kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan yang boleh menyebabkan aku boleh mengeluarkan air mata. Setakat ini, aku tidak lagi mengeluarkan air mata. Aku masih boleh bertahan melepaskan dia. Last sekali dia msg aku dengan menyatakan pemenang AJL 25 sebab dia sudah janji akan beritahu jika sudah habis AJL25 kerana aku hendak balik awal semasa tengok AJL dengan dia. Aku mengharapkan aku dan dia tetap bersahabat. 

p/s : hadiah paling sedih buat hari jadi ku yang ke 26 =)....

11 Januari 2011...
11.1.11 - Sungguh cantik angka tersebut.. Sehari sebelum angka ini, kami bersama seperti biasa mungkin sayang masih ada lagi.. Biarlah masa menentukan perhubungan kami.. Semoga mendapat keredhaan Tuhan =).. 

12 Januari 2011...
Aku sedang menulis blog ini, tiada apa lagi yang hendak dikatakan. Hanya mohon sinar kebahagiaan aku dan juga kawan2 aku serta family aku..

notakakiku : please dont ask me anything face to face =)... very hard to me to say it=).. Sungai Lui, sgt best lagunya yang di buka setiap malam oleh eny =)